Laman Utama
Maria Farida Lebih Memilih Watak Disebabkan...
Pelakon jelita, Datin Seri Maria Farida akui lebih memilih watak sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.
Menurut Maria, dia juga tidak menerima tawaran yang terlalu banyak dalam masa setahun.
"Selepas kahwin, saya akui harus memilih watak, saya juga telah maklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan saya.
"Dalam masa setahun, saya hanya mahu dua atau tiga tawaran sahaja yang melibatkan episod, kalau nak berhenti sepenuhnya pun saya tak boleh.
"Saya sudah lama berlakon dan cintakan bidang lakonan, suami saya pun faham mengenai perkara ini," katanya.
Maria berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk kolagen Lucol-S di Cyberjaya petang semalam.
Jenama itu telah melantik Maria selaku duta produk secara rasmi sejak hujung Julai lalu.
Tambah Maria, meskipun masih aktif berlakon, dia sentiasa mengutamakan masa untuk keluarga.
"Walaupun masih aktif berlakon, tetapi saya sentiasa utamakan keluarga saya.
"Saya pun sudah maklumkan pihak pengurusan untuk aturkan dengan baik, setakat ini saya sentiasa dapat luangkan masa bersama keluarga.
"Jadual kerja saya semuanya berjalan dengan lancar dan saya tidak perlu terkejar-kejar," katanya lagi.
Imbas kembali, Maria dan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur mendirikan rumah tangga pada 26 November 2015.
Maria juga memiliki seorang anak lelaki, Mizan Ashley, 23, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Must-Watch Video