,
Gaya Hidup

Marvel Umum 3 Lagi Siri Disney Plus! She-Hulk, Ms. Marvel &....

Hanafis Haris
24/08/2019
05:03 MYT
Seperti yang kita sedia maklum, Marvel telah mengumumkan beberapa siri 'live-action' yang bakal ditayangkan menerusi platfiorm Disney Plus pada acara Comic Con beberapa bulan lalu.
Siri ini termasuklah The Falcon and The Winter Soldier, Loki, WandaVision, Hawkeye dan animasi pertama Marvel iaitu What If...
Kesemua ini dijangka ditayangkan antara 2020 hingga 2021.
Namun, pengumuman itu tidak terhenti di situ kerana menerusi D23 Expo 2019 yang berlangsung di Anaheim, California sebentar tadi, Disney telah mengumumkan tiga lagi siri terbaru mereka.
Antara yang dilancarkan termasuklah She-Hulk, Ms. Marvel and Moon Knight. Dalam komik, She-Hulk, atau Jennifer Walters merupakan sepupu Bruce Banner. Jennifer kemudian bertukar menjadi hulk menerusi proses pemindahan darah daripada Bruce. Watak Ms Marvel pula pertama kali dipamerkan menerusi Carol Danvers yang kemudiannya mengambil identiti Kapten Marvel. Peranannya sebagai Ms Marvel kemudian diserahkan kepada Kamala Khan, watak Muslim pertama dalam siri komik Marvel Akhirnya sekali watak Moon Knight atau Marc Spector merupakan bekas CIA agent yang mempunyai personaliti berbeza dan keupayaan luar biasa.
Sejauh mana karakter ini ditonjolkan menerusi siri ini, sama-sama kita nantikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Laman Utama

Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

gempak
20/02/2023
13:56 MYT
Deepika mengaku dirinya mendambakan watak Wonder Woman.
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

“Ahli Sihir Diberi Gelaran Doktor? Nampak Tak?” - Teori Konspirasi Dah Muncul, Persoal Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

gempak
10/05/2022
05:15 MYT
Terbitan Marvel Studio iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness antara yang menjadi mangsa.
Laman Utama

Bintang Marvel, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kecelakaan Bermain Ski

gempak
20/01/2022
01:21 MYT
Dia meninggal di hospital