,
Laman Utama

“Bayi Dalam Kandungan Maryam Tak Bersalah...” - Ryzal Mohon Jangan Hina Anak

Mya Amri
28/05/2021
03:54 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim memohon berhenti menghina atau mendoakan perkara yang tidak baik terhadap anak dalam kandungan isterinya, Maryam.
Menurut Ryzal, dia memahami kesalahan yang dilakukan dan menerima sebarang bentuk kritikan yang diberikan kepadanya namun bayi yang dikandung isterinya itu tidak bersalah.
“Terima kasih kerana menegur saya. Saya sedar salah dan bertanggungjawab atas kesilapan saya buat.
“Saya tak memaksa untuk dimaafkan, saya memohon maaf atas dasar tanggungjawab kerana melukakan hati ramai pihak terutama orang Sarawak khususnya kaum Iban.
“Kepada rakan artis dan penggiat seni di Malaysia, saya mohon maaf jika isu ini memberi kesan buruk kepada industri tanah air.
“Saya amat berharap semoga tiada perbalahan atau kebencian pada mereka yang mungkin sama terkesan akibat kata-kata saya.
“Kepada orang Sarawak, saya menerima segala bentuk penyelesaian permohonan maaf secara terbuka di mana-mana persatuan Borneo atau Iban yang berkenaan.
“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas teguran, nasihat dan perkongsian tentang budaya dan khazanah pakaian tradisional Iban.
“Tiada yang lebih baik dari memperbaiki kesilapan. Saya akui kesilapan ini dan kesal dengan apa yang berlaku.
“Permohonan maaf ini juga adalah pengajaran untuk saya dimasa hadapan supaya tidak akan mengulangi perkara sama samaada bergurau terhadap pakaian, makanan, bahasa dan apa-apa bentuk khazanah atau budaya yang perlu dihormati.
“Jujurnya saya tiada niat untuk menghina mana-mana pakaian kaum dan bangsa, jauh sekali bersifat perkauman.
“Maafkan jika permintaan saya ini keterlaluan. Saya hanya meminta supaya sesetengah pihak tidak melibatkan anak dalam kandungan isteri saya ? yang tidak bersalah.
“Saya mohon supaya tidak membuat fitnah terhadap anak yang masih dalam kandungan 5 bulan itu yang belum melihat dunia.
“Anak itu anugerah Allah pada kami berdua selepas 2 tahun dalam bahtera perkahwinan.
Saya faham kemarahan ramai pihak, saya tidak salahkan kamu, ia berpunca dari saya yang mencetuskan keadaaan tapi saya mohon jangan libatkan isteri dan anak kami. Kepada mereka yang keterlanjuran menyebar fitnah anak kami, saya maafkan,” coretnya.
Menerusi kenyataan yang sama, Ryzal juga memaklumkan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung.
“Untuk makluman, saya akan membuat permohonan maaf secara terbuka secara langsung dengan Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada hari dan waktu yang akan diumumkan,” tulisnya.
Terdahulu, Ryzal pada Rabu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.
Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Bagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen.
Malah Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi.
BACA: "Saya Akui Tidak Menjaga Sensitiviti Berbilang Kaum ..." - Niat Nak Bergurau, Ryzal Duriankimchi Mohon Maaf Hina Pakaian Tradisional Kaum Iban
BACA: Faye Kusairi, Nana Sheme, Sharnaaz Ahmad Kesal Ryzal 'Duriankimchi' Gelar Pakaian Iban Kain Buruk & Alas TV!
BACA: “Kena Hormat, Faham Budaya Bangsa Lain” - Isu Pakaian Iban: Caprice Tegur & Hubungi Ryzal, Ramai Ucap Terima Kasih
Ryzal sebelum ini pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pekin Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Isu Fattah-Fazura, Mona Allen Tampil Bersuara - “Saya Bukan Penasihat Suami Saya"

gempak
09/10/2024
15:27 MYT
Pelakon, Mona Allen meraih perhatian selepas memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang individu kepadanya menerusi Instagram Story.
Hiburan

Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

gempak
05/10/2024
01:12 MYT
Khabar angin tentang perselingkuhan chef pizza, Jofliam seakan-akan tidak menemui titik noktah apabila dirinya dikatakan kelihatan mesra bersama pekerjanya iaitu Dewi semasa acara The Best Pizza 2024, yang berlangsung di Milan, Itali baru-baru ini.
Hiburan

EKSKLUSIF: Jofliam Nafi Guna Kontroversi Rumah Tangga Sebagai Taktik Marketing! - "Saya Tak Perlu Semua Itu Dari Dulu..”

gempak
03/10/2024
07:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat usahawan dan pempengaruh Jofliam mengenai kemelut rumah tangganya, ramai netizen yang mendakwa kontroversi ini sekadar taktik untuk mempromosikan bisnesnya.
Hiburan

“Nak Berniaga Shopee Sekalipun Jangan Sampai Fitnah Orang” - Ryzal Ibrahim Geram! Tegur Sikap Pemfitnah Rumah Tangga

gempak
30/09/2024
00:55 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menegur tindakan sebuah akaun Facebook yang menyebarkan berita tidak benar mengenai hal rumah tangganya.
Hiburan

Tampil Dengan Podcast ‘Bocey Comeback’, Fad Akan Pastikan Tiada Kontroversi - “Saya & Achey, Kami Dah Declare…”

gempak
29/09/2024
04:55 MYT
Muncul dengan podcast ‘Bocey Comeback’, pelawak Fad memberitahu dia dan rakan gandingannya iaitu Achey akan memastikan konten yang disediakan tidak akan menyentuh sensitiviti tetamu atau mencetuskan kontroversi.
BorakSeeni