Berita
“Masa Ammar Kecil, Mama Selalu Marah & Pukul Sebab...”- Akui Bukan Ibu Terbaik, Nur Shahida Kesal Dengan Perbuatannya
Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida akui kesal dengan perbuatannya sewaktu menjadi ibu muda.
Mengimbas kembali ketika Shahida baru menjadi ibu kepada anak pertamanya Ammar Ahyan, dia akui sering memarahi dan memukul anaknya itu.
Shahida bagaimana pun meminta maaf di atas perbuatannya itu kerana akui ketika itu dia bukan ibu yang baik.
“Dah besar dah abang Ammar Ahyan ni, sekejap je dah umur 12 tahun. Dulu kecil-kecil saya selalu cerita macam-macam kisah pada dia dan sekarang dia pula yang cerita macam-macam kisah dengan saya.....
“Mama minta maaf dekat Ammar kalau Mama bukan ibu yg terbaik buat Ammar. Kadang-kadang Mama termarah dan terpukul,” tulisnya.
Shahida berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video bersama anaknya itu yang ketika ini berada di tanaj suci Makkah bagi mengerjakan Umrah.
Pun begitu, Shahida akui ketika muda dia tidak pandai mengawal emosinya dan kini sentiasa cuba menjadi ibu yang terbaik.
“Masa Ammar kecil selalu mama marah dan pukul sebab dulu Mama muda tak pandai nak kawal emosi....
“Insya- Allah sekarang lebih pandai jaga emosi sebab umur makin meningkat. Tiada apa dah nak fikir. Mama nak tenang dah bahagia je...” katanya lagi.
Shahida dan Aliff berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah serta seorang anak angkat
Must-Watch Video