Laman Utama
"Masa Itu Kuasa" - Zizan Razak
Bergelar seorang pelawak bukanlah satu perkara mudah kerana kebiasaanya, peminat akan sentiasa menantikan perkara-pekara lawak yang dilakukan.
Dalam Naura Shares episod ke-18 malam ini, pelawak dan pelakon, Zizan Razak tampil berkongsi pengalamannya bergelar seorang pelawak dan pelbagai cerita lain.
Menurut Zizan, dirinya yang sebenar adalah sedikit sensitif, namun, dia sentiasa menyedari tanggungjawab sebagai selebriti dan sentiasa memperbaiki kelemahan dirinya.
Zizan juga bercakap mengenai kepentingan masa, baginya, masa itu kuasa, maka ia harus digunakan dengan sebaiknya dan tidak perlu dibuang pada perkara yang kurang berfaedah.
Anak kelahiran Terengganu itu menambah daripada meluangkan masa terlalu lama untuk memilih pakaian, dia lebih gemar menyarung helaian ringkas dan menggunakan masa yang ada untuk perkara yang lebih berfaedah.
Sementara itu, Zizan juga bercerita mengenai pengalaman dia berjumpa peminat ciliknya yang sedang menjalani rawatan di hospital. Apabila menyebut tentang kanak-kanak itu mendoakan Zizan ketika berada di hospital, pelawak berbakat ini terus menitiskan air mata.
Banyak lagi perkara menarik yang akan dikongsikan Zizan malam ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Chef Wan, Ashraf Muslim, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.
Must-Watch Video