,
Berita

“Masa Lahirkan Attar, Duit Simpanan Cukup-Cukup Je...”- Wawa Zainal Dedah Kepayahan Hidup Di Awal Perkahwinan

Syafiqah Jalal
03/09/2019
06:03 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan kehidupannya di awal perkahwinan bersama aktor Aeril Zafrel tidak semudah yang disangka.
Menceritakan kepayahan hidupnya, Wawa memberitahu ketika anak pertamanya, Ahmad Fakhruddin Attar lahir ke dunia, duit simpanan mereka hanya cukup untuk membayar duit hospital sahaja.
Walaubagaimanapun, dia bersyukur rezeki anaknya murah kerana ramai peniaga online yang menghantarkan hadiah dan barangan bayi ke rumahnya untuk memintanya membuat 'review'.
“Inilah mahligai kami di awal perkahwinan dulu.. Rumah sewa je... Masa tu nak beli rumah macam ni pun belum mampu.
“Ingat lagi... Masa lahirkan Attar duit simpanan cukup-cukup je nak bayar hospital, beli barangan baby... Tak ada pun barangan mahal untuk Attar.
“Tapi syukur masa tu Instagram baru nak naik. Ramai gila peniaga barangan baby yang bagi gift review. Penuh satu bilik hari-hari tunggu abang posmen datang hahaha," tulisnya.
Wawa berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian terbabit, dia telah memuat naik foto di hadapan rumah sewanya ketika di awal perkahwinan.
Berkongsi kisahnya di awal perkahwinan itu, Wawa memberitahu dia telah disindir oleh sesetengah pihak kerana dikatakan berkahwin dengan lelaki yang tidak kukuh kewangannya.
”Selalu orang cakap-cakap ‘Tu la kau nak kawin yang handsome aje.. cuba pilih yang kaya!' Punyalah cinta dengan @aeril_zafrel saya tak kisah asalkan bahagia! Duit boleh cari tak apa... Ecewah macam dalam drama," katanya.
Namun dia terus bangkit dan mengusahakan perniagaan sendiri kerana tidak tahan sering mengharapkan suami untuk menanggungnya.
“Lama kelamaan tak tahan sebab asyik nak kena mintak duit suami je.. Rasa malu yang amat.. Daripada situ la Wawa start bisnes kecil-kecilan.. Online bisnes..
“Alhamdulillah hari ini.. Kami dah capai impian kami beli rumah, beli kereta idaman hasil meniaga... Syukur ya Rabb," katanya lagi.
Perkongsian Wawa itu bagaimanapun telah memberi inspirasi kepada pengikutnya yang kagum dengan dirinya yang berjaya memajukan diri dan mempunyai perniagaan sendiri.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Ini lah mahligai kami Di awal perkahwinan dulu.. rumah sewa je.. masa Tu nak beli rumah mcm ni pun belum mampu☹️ ingat lagi.. masa lahir kan attar duit simpanan cukup2 je nak byr hospital,beli barangan baby ..Tak ada pun barangan mahal utk attar. Tapi syukur masa Tu Instagram baru nak naik. Ramai gile peniaga barangan baby yg bagi gift review. Penuh satu bilik?? hari2 tunggu abg posmen dtg hahahha.. Kedengaran selalu org ckp2 ‘Tu la ko nak kawin yg Hensem aje.. cuba pilih yg kaya’ !! . Punya la cinta dgn @aeril_zafrel saya tak kesah asal kan bahagia! Duit boleh cari xpe..Ecewah mcm dlm drama! Lama kelamaan tak tahan sbb asyik nak kena mintak duit suami je.. rasa malu yg amat..daripada situ la wawa start bisnes kecik-kecilan.. online bisnes.. & alhamdulillah hari ini.. kami dah capai impian kami beli rumah, beli kereta idaman hasil meniaga.. syukur ya Rabb... . Ada yg bisnes online kat sini?? Cuba share korang bisnes apa? Saya niaga @wawacosmeticshq @soullead.hq hehe❤️

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

gempak
20/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.