Pelakon Rita Rudaini menerusi hantaran di Instagram (IG) Story memuat naik kandungan sinis mengenai ‘V’ dipercayai merujuk kepada ‘vaksin’.

Menerusi hantaran tersebut Rita turut menulis mengenai individu yang mendongak langit apabila bercakap mengenai vaksin.

Katanya apabila terlantar sakit, mula meminta doa daripada orang ramai dan terlupa pernah menghiris hati orang lain.

“Masa tengah sihat, sombong cakap pun mendongak je. V adalah jiwa dan raga. V lah penyelamat nyawa…Kecam orang yang belum V, pandang orang yang belum V ni macam sampah dan penjenayah.

“Kalau boleh tak nak lah berkongsi oksigen dengan orang-orang tak V ni, bia tengah sakit tau pulak nak mintak doa orang ramai. Dah lupa sebelum ni menghiris hati orang-orang lain, kawan-kawan lain,” katanya.



Terdahulu Rita turut memuat naik hantaran seorang pengguna laman sosial yang turut memberi pandangan sama.

Rita pada hantaran tersebut turut menyokong pandangan individu dipanggil ‘Bonda’ itu.

“Sistur sokong kata-kata Bonda…Jangan angkuh seolah-olah ada kuasa dan penyembuh hebat dari kuasa dia,” tulisnya.