HIBURAN
Masak ‘Maggi’ Untuk Sky Bersahur, Ridzuan Ridzokumura Nak Tips Urus Anak Dari ‘Followers’ - “Saya Nak Minta Wanita-Wanita…”
Pempengaruh dan usahawan Ridzuan Ridzokumura memberitahu dia hanya masakkan mi segera untuk menu sahur anak lelakinya, Sky Taizo Okumura.
Resepi mudah
Mengakui tidak pandai memasak, Ridzuan ketika membuat siaran langsung (live) di TikTok meminta pengikutnya di laman sosial untuk berkongsi resepi yang mudah.
“Saya tak pandai masak, semalam saya bagi Sky bersahur dengan maggie tapi dia suka. Walaupun kak Zarina ada bekalkan makanan tapi dia nak maggi.
“Saya tahu ramai pengikut saya dalam kalangan wanita, jadi korang boleh la bagi saya resepi yang mudah saya masak untuk Sky. Sekarang ini saya perlahan-lahan belajar hidup sendiri dengan Sky,” kongsinya.
Uruskan anak
Pada perkongsian yang sama, Ridzuan turut memberitahu arwah isterinya yang selalu menguruskan anak mereka selama ini.
“Tugas saya adalah, lepas Sky selesai mandi, saya akan blow rambut dia. Lepas itu saya akan bawa dia ke meja makan untuk sarapan dan kemudian hantar dia ke sekolah.
“Itu saja tugas saya… selebihnya A to Z memang tugas isteri saya. Sebab itu kalau boleh, saya nak minta wanita-wanita di luar sana tolong ajar la saya sebab saya tak tahu.
“Sekarang ini saya kena jadi ibu dan bapa. Saya tak tahu nak buat apa. Nasib baik saya ada pengikut-pengikut yang boleh bersembang dengan saya,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Timbul Pelbagai Spekulasi, Ridzuan Ridzokumura Kongsi Kronologi Arwah Isteri Jatuh - “Tak Mungkin Akiko Nak Terjun”
BERITA TRENDING: Polis Sahkan Wanita Jepun Jatuh Dari Tingkat 4 Isteri Usahawan Dan Pempengaruh
BERITA TRENDING: Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin Ambil Alih Tugas Allahyarhamah Akiko, Sediakan Sahur Buat Sky
BERITA TRENDING: Emosi Sky Masih Belum Stabil, Ridzuan Ridzokumura Cuba Pulihkan Semangat Anak - “Setiap Hari Dia Menangis Ingat Mummy”
Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009. Kini, Ramadan tidak lagi sama tan
Must-Watch Video