gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Sean 'Diddy' Combs Kekal Dalam Tahanan Hingga Oktober
VIRAL
James Charles Kutuk NIMS, Beri Rating 3/10! Ini Reaksi Founder - "Tak Semua Tekak Sama"
HOLLYWOOD
Terlibat Langgar Lari, Mandy Moore: “Harap Anda Kena Karma”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Masalah Teknikal Tempahan Vaksin AstraZeneca, KJ Mohon Maaf

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
27/05/2021
23:10 MYT
Sponsor Banner
Masalah Teknikal Tempahan Vaksin AstraZeneca, KJ Mohon Maaf
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin memohon maaf susulan masalah teknikal ketika permohonan pusingan kedua janji temu vaksin AstraZeneca, semalam.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengakui pengalaman dilalui pengguna itu menyebabkan mereka kecewa akibat kelemahan sistem memproses permintaan amat tinggi dengan cekap.
"Saya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap PICK memohon maaf kepada semua pihak mengalami masalah melayari laman sesawang untuk membuat tempahan vaksinasi AstraZeneca pusingan kedua semalam.
"Ia sepatutnya berjalan dengan lebih baik. Sebagai contoh, ada tarikh dipaparkan di skrin menunjukkan warna kelabu dan bukan lagi hijau, menyebabkan pengguna menekan tanpa henti hanya untuk diberitahu slot tempahan telah penuh.
"Ada beberapa perkara lagi tidak sepatutnya berlaku, seperti pengguna tidak dimaklumkan permohonan berjaya diterima atau tidak dan sebagainya," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pihaknya menyedari isu berkenaan, selain memahami kemarahan dan kekecewaan orang ramai, terutamanya golongan yang gagal mendapatkan slot tempahan dikehendaki mereka.
"Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memandang serius perkara ini dan selepas tempahan ditutup semalam kita telah memulakan siasatan berkenaan punca masalah serta kelemahan sistem diguna pakai.
"Kini, siasatan sedang dilaksakanakan dan diketuai Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bagi mengenal pasti dan mengatasi masalah terbabit untuk tindakan seterusnya," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohon Maaf
#KJ
#Pendaftaran AstraZeneca Gagal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement