Tahun lalu menandakan ulang tahun ke-50 model Nissan GT-R. Bagi memperingati sambutan itu, Nissan menjalin kerjasama dengan firma Italdesign di Itali untuk mereka satu kereta unik.
Tahun ini pula, Italdesign meraikan ulang tahun ke-50nya. Kereta yang terhasil menerusi kerjasama rentas benua itu dinamakan sebagai Nissan GT-R50.

Nissan GT-R50 oleh Italdesign tidak dihasilkan dalam skala besar-besaran, tetapi dihadkan kepada 50 unit sahaja. Ini adalah hasil persetujuan kedua-dua pihak.
Menurut Nissan, pelanggan yang sudah membuat tempahan kini dalam proses pernbincangan untuk kustom kereta mengikut selera mereka.

Apa yang mengejutkan ialah masih ada unit GT-R50 yang anda boleh tempah. Lazimnya, model sebegini pada ketika ini sudah habis ditempah, lain pula kisahnya. Mungkin faktornya disebabkan harga sebuah GT-R50 lebih setengah juta Euro.
Nissan GT-R50 akan mula dibina dalam masa terdekat dan dijangka dikeluarkan kepada pembeli menjelang tahun depan. Proses kiriman akan berlangsung selama dua tahun, bermula hujung 2020 hingga 2021.

Pada masa sama, sebuah GT-R50 turut dipamerkan pada Nismo Festival lalu dan ia juga dibawa ke Pameran Motor Geneva 2020.
Nissan GT-R50 dicipta daripada model terbaharu GT-R Nismo. Ia menggunakan enjin V6 3.8 liter. Khabarnya ada modifiksi turbo dilakukan dan ini membantu meningkatkan kuasa dari 600 kepada 720hp dan tork 780Nm. Setakat ini, prestasi sebenar belum diumumkan.