,
Laman Utama

“Masih Basah Lagi Kubur…”- Dakwa Kematian Bapa Dihina Suhaimi Saad Kerana Vaksin, Keluarga Ambil Tindakan

Syafiqah Jalal
13/07/2021
06:39 MYT
Nama Suhaimi Saad sekali lagi hangat menjadi bualan selepas didakwa menghina pemergian seorang lelaki apabila cuba mengaitkannya dengan pengambilan vaksin Covid-19.
Seorang wanita kecewa dengan tindakan bekas anggota kumpulan InTeam itu yang didakwa menghina kematian bapa angkatnya itu.
Menerusi Facebook, Nur Farina Abdullah berkongsi satu paparan skrin posting Suhaimi Saad yang kononnya ‘bersyukur’ dengan pemergian arwah bapa angkat wanita tersebut iaitu Zulkefli Nordin.
“Dia dah mati . Alhamdulilah Allah bayar cash. Kalau Allah bayar cara hutang lagi berat,” tulis Suhaimi.
Nur Farina akui dia dan keluarga kecewa dan sedih dengan penghinaan itu.
“Allahuakhbar. air mata kami anak-anak dan ibu bukan mengalir kerana Allah ambil Abah tapi sedih, kecewa dan geram dengan macam-macam cerita dan fitnah yang sudah dilemparkan pada arwah abah kami,” luahnya.
Paparan skrin itu menunjukkan reaksi Suhaimi yang mengguna nama Mosus terhadap sebuah posting Allahyarham Zulkefli yang bercerita mengenai kesan sampingan seperti bertambah selera makan selepas disuntik vaksin AstraZeneca pada 13 Jun lalu.
Seorang lagi wanita dipercayai anak arwah, menggunakan nama Facebook, Ain T-ant turut menegur tindakan penyanyi berusia 41 tahun itu yang seolah-olah tidak menghormati kematian seseorang.
“Mosus, masih basah lagi kubur Abah kami. Baru selamat dikebumi pagi . Tiada ke simpati pada kami sekeluarga wahai saudara Islam ku?
“Tuduhan dia meninggal sebab vaksin ni amat berat. Tolong jangan libatkan Abah kami dengan sebaran fahaman tuan,” katanya.
Selain itu, seorang lagi yang dipercayai anak Allahyarham Zulkefli yang mengatakan keluarga mereka sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan selanjutnya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca sebenar arwah bapa mereka meninggal dunia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni