,
Laman Utama

Masih Belum Habis Fasal Angelina Jolie, Bunga Sentap Ibu Pula Kena Herdik Netizen - "Lagi Sekali Aku Nampak Kau ..."

Amri Hassan
28/02/2021
23:50 MYT
Gara-gara cuba mempertahankan anaknya, ibu kepada penyanyi rap Bunga pula menjadi herdikan pedas netizen di media sosial baru-baru ini.
Bangkit mempertahankan ibunya, Siti Rohani, Bunga akui terkilan dan terkesan dengan komen kasar yang ditulis pengguna terbabit terhadap ibunya.
"Beribu kali aku pesan dekat mak aku, jangan layan jangan layan jangan layan. Tapi sekarang aku faham perasaan mak aku kalau tengok anak dia mcm ni. Sedih beb.
"Bayangkan kau besarkan anak kau dengan kasih hati kau sampai dia besar, last last orang buat mcm ni kat anak kau, kau rasa kau mampu nak diam? Kau rasa kau mampu nak tengok? Tak mampu.
"Seperti itu lah mak aku. Bayangkan mak kau baca apa yang kau komen? Kau rasa dia bangga? Dia puji? 'Wah anak aku dah pandai kecam orang, bangga mak', dia akan cakap macam ni ke?
"Ya, memang aku koyak, aku tak sabar. Sebab aku pun ada perasaan. Lagi-lagi kau kurang ajar dengan mak aku. Lagi sekali aku nampak kau, aku tak teragak agak. Kau boleh kata kat aku macam-macam, sebab aku memang tak kisah.
"Tapi kalau kau buat perangai macam ni dekat mak aku, even dia salah ke tak salah ke untuk comment macam mana pun which aku rasa mak aku nak defend aku, nak protect aku in any kind of ways sebab dia mak aku, kau tak ada alasan untuk biadab dengan dia atau dengan mana-mana orang tua.
"Adab tu check balik. Maybe kau boleh kata aku ni perasan macam Angelina Jolie, tapi adab kau dengan manusia tolong check balik," tegasnya menerusi posting terbaharu di Instagram.
Menerusi tangkap layar komen yang ditulis seorang pengguna di Instagram yang mengkritik kenyataan Bunga mengenai Angelina Jolie.
Bagaimanapun, pemilik akaun Instagram @melurputih yang dipercayai ibu kepada Bunga tampil membalas komen biadab itu dan menasihati agar menjaga adab di media sosial.
Sementara itu, jelas Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini lagi, dia nekad untuk meneruskan saman terhadap netizen yang bertindak agresif menulis komen mengaibkan dan berbaur provokasi di media sosial terhadapnya.
"Aku sumpah tak kesah korang nak cakap aku Angelina Jolie ke ape. Korang rasa aku ni takde life? Tiba tiba nak call media kata aku ni Angelina Jolie? Otak tu kalau ada boleh guna. "Sekarang semua benda nak dijadikan cerita sebab takde cerita. Last last aku jadi mangsa. Yang kena? Aku. Korang kata apa ?
"'Sendiri perasan sendiri tak saman sendiri nak koyak', kau pikir aku ni takde perasaan macam kau? Benda yang aku tak nak terjadi boleh jadi kau rasa aku ada kuasa nak semua benda ni berhenti?
"Ye memang aku nak saman, sebab aku pun ada hak nak bersuara bukan kau je. Ye memang aku tak boleh sabar kalini, memang sebelum ni aku mintak maaf atas apa aku buat semua, tapi bukan kalini. Sebab? Ini soal mak aku. Manusia yang lahirkan aku, yang besarkan aku. Aku ni bukan anak yang sempurna, bukan manusia sempurna, seboleh boleh aku nak semua orang puas hati, kenal atau tidak," katanya.
Sebelum ini, Bunga kesal dengan sikap melampau netizen apabila namanya tular selepas bergurau pada sesi sidang media mengenai wajahnya yang dikatakan sama dengan beberapa selebriti tempatan.
Pada sesi soal jawab bersama media, Bunga berseloroh menyatakan wajahnya sama seperti bintang antarabangsa Angelina Jolie.
Selepas kenyataannya itu tular, Bunga kemudiannya tampil mempertahankan diri dan memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak keterlaluan menulis komen terhadapnya di media sosial.
BACA: "Ada Tersilap Ingat Saya Angelina Jolie" - Bunga Bergurau, Kata Muka Sama Macam Ramai Artis​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Guna Pangkat Ketika ‘Wedding’ Adik Ipar, Atikah Suhaime Tampil Perjelas - “Orang Selalu Ingat Suami Saya CEO, Tapi Sebenarnya…”

gempak
12/10/2024
01:55 MYT
Pelakon Datin Atikah Suhaime mencuri tumpuan netizen di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Hormat Permintaan Ibu, Aina Abdul Tak Gayakan ‘Fesyen Pelik’ - “Saya Mahu Semuanya Kelihatan Tenang”

gempak
11/10/2024
14:25 MYT
Penyanyi, Aina Abdul, memilih busana kebarung moden semasa sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, demi menghormati permintaan ibu yang mahukannya tampil lebih sederhana
Viral

”Dah Lama Perasan Sebenarnya, Tapi…” - Netizen Approved! Wajah Fattah Amin Dikatakan Seiras BTS Jungkook Versi Malaysia

gempak
11/10/2024
11:25 MYT
Pelakon, Fattah Amin menjadi perhatian netizen selepas tular sebuah video yang membuat persamaan dirinya dengan anggota kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS Jungkook.
Hiburan

Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

gempak
11/10/2024
09:00 MYT
Tular video di media sosial memaparkan momen mencuit hati Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Hiburan

Shikin Maembong Menangis, Terkilan Barang Niaga Dipulangkan Dalam Keadaan Teruk - “Niat Nak Bantu Orang Susah, Ini Balasannya…”

gempak
11/10/2024
04:57 MYT
Isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish, Shikin Maembong, tidak dapat menahan sebak apabila barang meniaga yang dipinjamkan kepada salah seorang ejen dibalas dengan pengkhianatan.
BorakSeeni