Nampaknya, pelakon Anna Jobling terpaksa menghabiskan minggu-minggu terakhir Ramadan di hospital gara-gara dijangkiti demam denggi.
Anna berkata yang dia kini berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pantauan doktor di hospital. Namun, peserta Dewi Remaja itu bagaimanapun tidak tahu bilakah dia akan dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor.
“Sebenarnya, saya dah mula rasa tak sedap badan dan demam sejak minggu lalu… kemudian ruam-ruam merah mula naik ke badan manakala suhu pula semakin tinggi.
“Apabila buat ujian, saya didapati negatif. Namun, sehari kemudian, buat sekali lagi, saya didapati positif demam denggi.
“Buat masa ini, saya sendiri tak tahu bilakah saya akan discharged. Dan tak pasti jika sambutan raya pada minggu hadapan akan terjejas atau tidak,” katanya kepada Gempak.
Kini dirawat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, Anna meminta agar didoakan kesembuhan dengan segera agar dia dapat menyambut hari raya bersama keluarga.
“Saya harap saya akan pulih seperti sedia kala sebab dah nak raya kan… Saya sendiri tak sabar nak sambut lebaran dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Anna sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri baharu berjudul Melur Untuk Firdaus.
Izwan Isa
Mon Apr 25 2022

![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Bero Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.
![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.