Filem terbaru arahan Kabir Bathia iaitu Sangkar telah menjengah pawagam bermula 29 Ogos lalu.

Sangkar telah mencetuskan fenomena buat industri perfileman Malaysia kerana menampilkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat kali pertama dalam filem tempatan.

Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Berdasarkan kiraan terbaru yang diumum oleh Astro Shaw dua hari lalu, Sangkar telah mendapat kutipan ebanyak RM7.2 juta dalam masa hanya sepuluh hari tayangan, ternyata ia mendapat sambutan hangat!

Kepada anda yang masih belum berkesempatan untuk menonton filem bualan ramai ini, Gempak bawakan lima sebab mengapa anda perlu tonton Sangkar :

1. Perkembangan Jalan Cerita Yang Menarik



Filem Sangkar bukan sekadar memaparkan unsur pertaruhan dalam gelanggang MMA malah banyak penceritaan lain yang tidak akan membuat penonton berasa bosan.

Penonton dapat melihat perkembangan jalan cerita dari apa yang berlaku di antara Johan dan Adam (watak Remy dan Zul) hingga ke masalah yang dihadapai, babak romantis dan banyak lagi!

2. Bangkitkan Mood 'Fighter'



Kepada yang menggemari sukan MMA, filem ini mampu membangkitkan mood 'fighter' dalam diri anda.

Babak pertaruhan MMA dalam filem ini telah mendapat khidmat latihan profesional yang sudah tentu membuatkan anda seperti betul-betul menonton perlawanan di gelanggang sebenar!

3. Elemen Kekeluargaan



Elemen kekeluargaan juga boleh dijadikan teladan. Semangat kekeluargaan yang ditonjolkan mampu menyentuh jiwa penonton.

Keluarga Johan (watak Remy) sangat bersatu dan membantu antara satu sama lain dalam menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan, sudah tentu ia mengandungi pengajaran tersendiri.

4. Selitan Unsur Jenaka

Jangan sangka filem Sangkar ini hanya memaparkan elemen serius sahaja, ia juga banyak mengandungi unsur jenaka yang turut membuatkan penonton tak kering gusi!

Beberapa babak yang dilakonkan oleh Ray juga mampu meninggalkan kesan dalam fikiran penonton.

5. Pengakhiran Yang Memuaskan Hati Penonton



Penonton akan berpuas hati dan berasa terharu melihat pengakhiran Sangkar.

Penonton juga akan merasakan betapa pentingnya sifat pemaaf dalam sesebuah persahabatan seperti yang cuba disampaikan dalam filem ini.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!