Laman Utama

Masih Berpantang Tapi Gigih Randuk Banjir Bagi Bantuan, Netizen Nasihatkan Wawa Zainal; "Jaga-Jaga Takut Tersepak Apa-Apa ..."

gempak
Amri Hassan
28/12/2021
01:55 MYT
Sponsor Banner
Masih Berpantang Tapi Gigih Randuk Banjir Bagi Bantuan, Netizen Nasihatkan Wawa Zainal; "Jaga-Jaga Takut Tersepak Apa-Apa ..."
Banjir yang melanda negara menyatupadukan ramai pihak termasuk golongan selebriti yang turut sama turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Terbaharu, pelakon cantik Wawa Zainal yang bersama-sama menggembleng tenaga menghantar bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi.
BACA: "Lain Macam Sakit Walaupun Anak Keempat" - Wawa Zainal Selamat Bersalin
"Ya Allah sayunya hati tengok keadaan saudara kita yang dilanda banjir. Semoga Engkau berikan mereka kekuatan ya Rabb.. tak kuat tengok perabot-perabot habis.
"Dari pagi sampai ke petang sempat pergi beberapa lokasi je. Insya-Allah kalau ada tempat yang perlukan bantuan DM wawa ya," kongsinya di Instagram.
Bagaimanapun, misi kemanusiaan Wawa itu mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan netizen memandangkan isteri kepada Aeril Zafrel itu baru sahaja bersalin pada 30 November lalu.
Nasihat beberapa pengguna tidak salah untuk Wawa membantu orang dalam kesusahan namun seelok-eloknya mengutamakan kesihatan diri sendiri dengan cara berpantang sebetulnya terlebih dahulu.
"Kenapa aku rasa seriau bila dia redah air tu? Takut tersepak apa-apa kang lepas beranak.
"Ya Allah, aku pula yang risau dengan Wawa ni, pantang tak habis lagi. Moga Allah permudahkan urusannya.
"Kenapalah Wawa tak duduk rumah oi?
"Baru 24 hari pantang, redah air pula tu. Sejuklah tubuh badan tu. Jaga diri, tak payah turun dah, orang pun faham keadaan Wawa.
"Dalam pantang tu tak payah lah turun padang. Orang faham je, walaupun anak dah 4 ke 10 ke. Dalam keadaan 'kotor' tu. Pergi pula tempat bahaya dan tak hygiene, dengan ada baby lagi kat rumah...
"Nak bantu orang dalam kesusahan tu tak salah, boleh je suruh orang lain susunkan, dalam pantang kot... Diri sendiri kenapa tak nak jaga? Makan ubat macam mana pun kalau tak jaga dalam pantang ni macam-macam boleh jadi. Tak kasihan ker anak kecil kat rumah?" demikian tulis beberapa pengguna.
Namun, ada yang tetap memuji usaha murni Wawa gigih bersama pasukannya turun padang membantu orang ramai.
BACA: Hari Ke-8 Pantang Wawa Dah Pakai Kasut Tumit Tinggi, Ramai Puji Hebat Tapi Ada Yang Nasihat - "Jangan Ambil Mudah, Tua Nanti Tahulah..."
Malah, ada yang menyifatkan Wawa berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dengan doktor pakar sekiranya perlu.
"Dia banyak duit, dia sakit dia boleh masuk mana-mana hospital dan dapatkan doktor. Badan dia sakit dia boleh pergi mana-mana spa dengan best specialities.
"Jadi, biarlah dia. Pasal pantang dia pun aware sendirilah, badan dia, dia tahu kuat ke tak. Jadi, tak payah sibuk nak tegur pasal pantang semua," tegur pengguna lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024