Terkini

“Masih Dirawat Di ICU, Semangat Nad Kuat…” - Ungku Ismail

gempak
Shahrin Zulkifle
10/12/2022
05:30 MYT
Sponsor Banner
“Masih Dirawat Di ICU, Semangat Nad Kuat…” - Ungku Ismail

“Tentang Nad dia masih di ICU, masih dirawat, Alhamdulillah,” demikian perkembangan terkini mengenai pelakon Nad Zainal yang dikongsikan oleh Ungku Ismail menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya malam tadi.

Mengenali aktres tersebut sebagai seorang yang kuat semangat, Ungku turut berharap orang ramai tidak putus mendoakan kesembuhan buat ibu kepada dua cahaya itu.

“Ramai yang kenal semangat Nad yang kuat, moga bersama sama dia kuat dan terus mendoakan dia.

“Jangan lupa untuk sentiasa titipkan doa agar dia kembali sembuh dengan paru paru yang sihat sedia kala.

“Moga Allah lenyapkan segala penyakit dan kesakitan yang ada pada dia. Moga paru parunya baik pulih daripada segala akibat penyakit itu,” katanya.

*pic

Dalam pada itu, Ungku Ismail turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sumbangan menerusi tabung kecemasan yang dilancarkan sebelum ini bagi tujuan menampung kos rawatan Nad di hospital.

Jelas Ungku Ismail lagi, sebahagian jumlah wang tersebut sudahpun digunakan dan tabung berkenaan bakal ditutup minggu hadapan.

“Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk rawatan medik dan post care Nad Zainal.

“Sebahagian sudahpun disalurkan kepada pembayaran sementara menanti jumlah selanjutnya.

“Tabung kecemasan ini akan ditutup pada hari Isnin ini. Moga Allah Ampunkan dosa kamu semua, dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” kongsinya lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live