Laman Utama

Masih Gigih Belajar Walau Dah Sukses, Siti Nurhaliza Puji Dr Azizan Osman! - "Tiada Had Umur & Masa Menimba Ilmu"

gempak
Amri Hassan
18/04/2022
01:30 MYT
Sponsor Banner
Masih Gigih Belajar Walau Dah Sukses, Siti Nurhaliza Puji Dr Azizan Osman! - "Tiada Had Umur & Masa Menimba Ilmu"
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji dan menghargai kejayaan tunjang utama Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Datuk Zafrol Rizal Mat yang lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini.
Kata Siti, kejayaan yang dicapai saban hari harus menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
"Kejayaan mereka menjadi inspirasi bagi semua yang nak berjaya. Menimba ilmu, tiada had umur dan masa. Selagi ada keinginan dan usaha pasti berjaya.
"Syabas kepada mereka kerana terus berjaya membimbing ramai bumi putera menjadi jutawan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19," kata penyanyi lagu Purnama Merindu itu.
Sementara itu, usahawan Tya Arifin dan Nana Mahazan yang turut mendapat bimbingan bagi melebarkan empayar perniagaan masing-masing turut mengagumi usaha ikon perniagaan itu.
"Semua itu tidak mustahil. Kemahuan dan keinginan tinggi ditunjukkan kedua mereka sangat terpuji.
"Terus menginspirasikan ramai. Semoga kita semua boleh menjadikan kejayaan mereka sebagai dorongan untuk mencipta jaya," kata Tya.
Sementara itu, Nana berkata kejayaan untuk belajar menjadi lebih baik itu tidak pernah ada penghujungnya.
"Setiap hari menjadi ruang terbaik untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
"Belajar itu juga tidak pernah dihadkan dengan soal usia. Ia hanya dibatasi dengan alasan semata-mata. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih," kata Nana.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd berkata, pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian Dr Azizan dan Datuk Zafrol.
Kata Radz, peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha bagi menamatkannya dengan sempurna.
"Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa pendidikan ini sebenarnya tak pernah berhenti meskipun sudah bekerja mahupun berniaga. Usia juga bukan halangan atau sekatan untuk menambah ilmu.
"Pembelajaran ini sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri," katanya ketika mengulas lanjut perkongsian Dr Azizan mengenai keputusan peperiksaan akhir CIMA di LinkedIn, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian sama, Dr Azizan turut berkongsikan salah satu matlamatnya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).
"Meskipun banyak masa digunakan membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan RM3.2 bilion, beliau tak pernah berhenti belajar.
"Ketika ini, Dr Azizan juga merupakan calon bagi doktor falsafah (PhD) bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University yang dijangka tamat pada Oktober ini.
"Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan terus mengiring kembara perjalanannya," jelas Radz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live