HIBURAN
Masih Mampu Bekerja, Bekas Isteri Ingat Pesanan Edika Yusof - “Dia Selalu Cakap, Tiada Apa Yang Percuma Di Dunia Ini”
“Kalau saya mental, saya tak datang mahkamah. Saya diam-diam la hadap,” kata bekas isteri kepada Edika Yusof, Nor Hidayah yang membidas kenyataan aktor itu pernah mendakwa dirinya tidak waras.
Pesanan Edika
Malah, Hidayah berkata, dia juga yang lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu, masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga berikutan sering diingatkan oleh Edika yang tiada benda percuma di dunia ini.
"Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia 'shooting' ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.
"Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada apa percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.
"Saya kat rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan," katanya kepada Gempak.
Tetap bersabar
Nor Hidayah berkata, peringatan tiada yang percuma di dunia ini oleh Edika baginya sangat memilukan hati, namun dia mampu bersabar menghadapi segalanya lebih 20 tahun perkahwinan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Edika Yusof Tak Pernah ‘Give Up’ Untuk Selamatkan Rumah Tangga, Dakwa Bekas Isteri Jauhkan Diri - “Bila Tak Cukup Ilmu Pengetahuan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Edika Yusof Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Awal Perkahwinan - “Banyak Kali Dah Polis Datang Rumah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Bersalaman Buat Kali Terakhir, Edika Yusof & Nor Hidayah Sah Bercerai - “Saya Sebagai Isteri Tak Pernah Nafi Kebaikan Dia Tetapi Keputusan Ini…”
Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada pukul 10.42 pagi Isnin.
Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah pada tarikh itu kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah pada hari ini.
Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup bersama selama 22 tahun, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20.