HIBURAN
Edika Yusof Tak Pernah ‘Give Up’ Untuk Selamatkan Rumah Tangga, Dakwa Bekas Isteri Jauhkan Diri - “Bila Tak Cukup Ilmu Pengetahuan…”
Reda dengan perceraiannya dengan bekas isteri Nor Hidayah, pelakon Edika Yusof bagaimanapun berkata dia tidak menolak kemungkinan boleh berlaku rujuk dalam tempoh iddah.
Tak pernah putus asa selamatkan rumah tangga
Tak pernah berputus asa mencuba perbaiki rumah tangga, Edika berkata ia bergantung kepada kemahuan isterinya dan berharap mereka boleh terus mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak.“Mana tahu kalau ada usaha dan takdir mungkin kami boleh rujuk balik. Saya tidak pernah ‘give up’ untuk menyelamatkan rumah tangga saya. Kalau ini boleh buat dia gembira, kita boleh terus menjadi kawan demi anak-anak dan demi agama kita, Islam. Itu sajalah.“Siapa suka dengan perceraian, tapi sudah dua kali isteri saya failkan, jadi saya nampak sangat kesungguhan dia mahu berpisah dan mahkamah juga membenarkan kami berpisah dengan talak satu.
“Saya selalu whatsapp dia bertanya khabar tapi caranya seolah dia menjauhkan diri, jadi dia yang mengelak. Jadi saya cuba sebagai seorang sahabat sebab sebagai seorang wanita yang sudah tiada kasih sayang lagi terhadap saya buat apa saya nak buang masa,” katanya kepada Gempak.
Tak pernah niat mahu bercerai
Dalam pada itu, Edika yang ditemui selepas selesai prosiding itu berkata dia tidak pernah berniat mahu bercerai, sebaliknya ungkapan yang dibuat selama ini mungkin disalah tafsir.“Dia katakan tadi pun dia memohon cerai disebabkan hukum, tapi kebanyakan orang tidak tahu macam mana talak itu jatuh. Talak itu tak jatuh disebabkan kemarahan ataupun dalam keadaan makan ubat atau tidak sedar diri, jadi talak pun ada SOP, mahkamah ada aktanya.
“Saya tanya pada mahkamah, perkataan talak kena dilafazkan dalam keadaan waras dengan sebutan yang betul seperti yang saya sebut di mahkamah sebentar tadi. Jadi bila tak cukup ilmu pengetahuan, bila bertengkar dialog sebegitu akan keluar dalam keadaan marah tapi jujurnya saya tidak berniat untuk bercerai,” katanya.“Saya hanya nak mendidik isteri dengan bertanya apa yang awak mahukan sebenarnya, awak mahu saya lepaskan awak atau ceraikan awak, selagi awak gembira, dan perkataan itu disalah tafsir, dia menganggap perkataan sebegitu adalah talak.
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Isteri Edika Yusof Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Awal Perkahwinan - “Banyak Kali Dah Polis Datang Rumah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Sempat Bersalaman Buat Kali Terakhir, Edika Yusof & Nor Hidayah Sah Bercerai - “Saya Sebagai Isteri Tak Pernah Nafi Kebaikan Dia Tetapi Keputusan Ini…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tidak Reda Untuk Lafazkan Cerai…” - Edika Yusof Terpaksa Akur Dengan Permintaan Isteri Nak Berpisah
ARTIKEL BERKAITAN:“Apa Yang Saya Nampak Adalah Kuasa Perceraian Di Tangan Wanita” - Edika Yusof
Pada Isnin, Edika Yusof dan Nor Hidayah Yusri sah bercerai talak satu menerusi lafaz yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada jam 10.42 pagi.
Edika, atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, 58, melafazkan di hadapan hakim syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
Pada 24 Mac lalu, peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Edika pada pertengahan Februari lalu.
Menurut Mohd Yazid, mahkamah menetapkan tarikh hari ini bagi lafaz cerai selepas prosiding itu ditangguhkan susulan wanita itu dalam keadaan tidak suci.
Menerusi hasil perkongsian hidup dua dekad pasangan ini sejak 2003, Edika dan Nor Hidayah bahagia dengan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20.
Terdahulu, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila Edika didapati sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka.
Must-Watch Video