Bunga Citra Lestari atau BCL mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi juri program pencarian bakat Indonesian Idol musim terbaharu.
Keputusan itu diambil penyanyi tersebut kerana ingin membangunkan semula kekuatan dirinya yang hilang selepas kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari lalu.
"Taking my time.. Building my strength," katanya dalam akaun Instagramnya, semalam.
Pada kemas kini yang sama, BCL juga memberi semangat buat teman juri yang lain dan ucap selamat agar musim baharu ini berjalan lancar.
"Wishing everyone the best of luck @indonesianidolid @maiaestiantyreal @ari_lasso, @jud1ka, @ananghijau @itsrossa910 @boywilliam17 @fabian.dharmawan @dini.putri21."
"Selamat melahirkan Idola baru," tulisnya pada foto dirinya bersama hos program tersebut.
Musim baharu Indonesian Idol sendiri memulakan tayangan perdananya semalam (16/11/2020) dengan tema Idol A New Chapter.
Posisi BCL selaku juri digantikan oleh diva Indonesia, Rossa.
Pengumuman itu disambut baik oleh banyak sahabat dalam industri hiburan. Malah penulis novel terkenal, Asma Nadia juga meninggalkan komen agar BCL mengambil sebanyak masa yang diperlukan untuknya kembali bangkit.
Selain BCL, pengacara yang telah bersama Indonesian Idol selama 10 tahun, Daniel Mananta juga meninggalkan program realiti tersebut. Tempatnya digantikan oleh Boy William.
Instagram: @bclsinclair
Maliah Surip
Tue Nov 17 2020
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.