Hiburan

Masih Sayang Rumah Tangga, Datuk Red Tak Setuju Nak Cerai Isteri Pertama

gempak
Asyikin Mayudin
18/03/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Masih Sayang Rumah Tangga, Datuk Red Tak Setuju Nak Cerai Isteri Pertama
Masih sayangkan rumah tangga, usahawan Datuk Seri Adnan Abu menyatakan pendiriannya tidak mahu bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.
Peguam kepada Adnan atau mesra disapa sebagai Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman berkata, anak guamnya itu masih mahu pertahankan rumah tangga yang dibina.
“Setakat ini saya dimaklumkan oleh anak guam yang dia tidak setuju dengan tuntutan penceraian ini.
“Dia (Datuk Red) cuba pertahankan perkahwinan seperti isteri kedua (Adira). Dia masih sayangkan rumah tangga,” katanya kepada Gempak.
Akmal ditemui selepas selesai prosiding sebutan kedua kes tuntutan perceraian yang difailkan oleh isteri pertama Adnan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Isnin.
Datuk Red bagaimanapun gagal menghadirkan diri disebabkan urusan kerja dan proses dilanjurkan kepada perlantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang akan berlangsung pada 26 Mac ini.
Tambah Akmal, tuntukan penceraian yang difailkan Sharifah itu dibuat kerana tidak lagi mempunyai persefahaman di antara mereka.
“Untuk Seksyen 47 ini sebenarnya ada banyak sebab (untuk bercerai. Untuk kes (Datuk Red dan isteri), mereka tiada sefahaman. Itu yang dinyatakan,” ujarnya.
Untuk rekod, Sharifah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red atau nama sebenarnya suaminya Datuk Seri Adnan Abu pada penghujung Januari lalu.
Perkara tersebut diketahui apabila Sharifah memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.
Selain Sharifah, isteri kedua kepada Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live