Laman Utama

Masih Takut Keluar Ke Tempat Sesak, Afgan Angkat Berat Di Rumah!

gempak
Asraf Aided
22/09/2020
08:10 MYT
Sponsor Banner
Masih Takut Keluar Ke Tempat Sesak, Afgan Angkat Berat Di Rumah!
Penyanyi popular Indonesia, Afgan berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh berada di rumah ekoran penularan wabak COVID-19 sejak beberapa bulan lalu.
Memetik laporan media di negara itu, Afgan sering meluangkan masa untuk bersenam, salah satu aktiviti yang kerap dilakukan adalah mengangkat berat.
Menurut pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu, bersenam merupakan rutin wajib baginya sejak sebelum penularan COVID-19 lagi.
"Olahraga selama pandemik ini wajib kerana sebelum ini pun, ia sudah menjadi sebahagian dari hidup saya.
"Salah satu aktiviti yang saya lakukan adalah mengangkat berat, ia boleh dilakukan di rumah sahaja dan tak perlu lama, 30 minit sudah memadai," katanya.
Tambah Afgan, dia juga akui masih takut untuk keluar rumah dan berada di kawasan sesak ketika ini.
"Sejujurnya, selama wabak ini menular, saya enggan keluar rumah, masih takut untuk berada di tempat sesak yang penuh orang ramai," katanya lagi.
Afgan berkongsi perkara tersebut ketika terlibat dalam konsert ulang tahun ke-22 Herbalife Nutrition Indonesia yang diadakan secara virtual pada Sabtu.
Difahamkan, konsert virtual itu mendapat jumlah tontonan sekitar 3,000 menerusi YouTube.
Sumber : liputan6.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live