,
Laman Utama

"Masih Terdapat 5,000 Katil Belum Digunakan" - PKC MAEPS Tak Sesak, Masih Boleh Tampung Pesakit Bergejala Rendah

Zulaikha Yusof
25/01/2021
02:00 MYT
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman menyatakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.
Beliau berkata secara purata, penggunaan katil di PKRC itu ialah 3,000 hingga 3,500, dan setakat ini masih terdapat kira-kira 5,000 katil yang masih belum digunakan.
"Di PKRC MAEPS, kita ada sebanyak 9,350 katil yang disediakan untuk pesakit bergejala rendah kategori 1 dan 2 dan sekarang kita sudah letakkan 60 'acute bed' untuk merawat pesakit kategori 3 dan 4 (sekiranya berkeperluan).
"PKRC ini direka bukan sahaja untuk menerima kes-kes positif dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi juga pesakit dari Melaka, Negeri Sembilan serta Johor," katanya.
Sebelum ini, tular beberapa video menerusi media sosial menunjukkan kononnya berlaku kesesakan di PKRC MAEPS akibat pertambahan jumlah pesakit yang mendadak.
Pada 9 Disember lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC. Kali pertama MAEPS diaktifkan sebagai PKRC ialah pada 16 April tahun lalu sebelum ditutup pada 15 Julai.
Pembukaan PKRC merupakan usaha kerajaan menempatkan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala bagi memastikan kecukupan katil di hospital untuk pesakit bergejala.
Dr Sha'ari turut menasihati orang awam agar terus kekal berada di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.
Sumber: Bernama Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Viral

Macam Dalam Filem, Pesakit Tumor Maut Ditembak Atas Katil Hospital

gempak
08/06/2024
06:00 MYT
Seorang pesakit lelaki yang dimasukkan ke hospital selepas didiagnos memiliki tumor atau ketumbuhan menemui ajal bukan kerana penyakit tersebut.