Hiburan
Masih Ulang Alik Korea Ke KL, Sabrina Azhar Teruja Pertama Kali Bintangi Drama Di Malaysia - “Perbezaan Berlakon Di Negara Sendiri…”
Buat pertama kali, pempengaruh Sabrina Azhar bakal membintangi drama berjudul ‘Rahsiamu Selamat Denganku’ yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula 9 Disember ini.
Teruja diberi peluang
Kata Sabrina, dia teruja diberi peluang berlakon dalam drama televisyen di Malaysia dan berkongsi perbezaan sewaktu melibatkan diri dalam penggambaran web drama di Korea Selatan.
"Perbezaan berlakon di negara sendiri, saya lebih rasa selesa kerana jika di Korea kadangkala membuatkan saya sendiri rasa terasing.
"Di Korea saya hanya berlakon web drama dan di sini (Malaysia) saya berpeluang berlakon drama televisyen.
"Saya terbuka untuk menerima sebarang tawaran berlakon di sini namun buat masa ini saya memang berulang-alik dari Korea ke Kuala Lumpur,” kata Sabrina kepada Gempak.
Rahsiamu Selamat Denganku
Menyaksikan gandingan terbaharu Siti Khadijah Halim dan Alvin Chong sebagai peneraju, drama ‘Rahsiamu Selamat Denganku’ pula akan menyambung slot pukul 11 malam.
Mengisahkan tentang Profesor Hana dan Profesor Rafel, masing-masing mempunyai rahsia dan obsesi tersendiri dan menyembunyikannya untuk menjaga reputasi. Dalam menyelesaikan masalah mengenai sebuah aplikasi yang dipanggil ‘Live or Die’ (LOD) di kalangan pelajar mereka, tanpa sedar mereka terjatuh cinta.
Drama bergenre jenayah romantik ini merupakan hasil kerjasama MS Orange Solutions Sdn Bhd dan Blimey daripada Korea, di bawah pengarahan Jade (Blimey) dan Faliq Sharif sebanyak 16 episod.
Must-Watch Video