Dakwaan seorang individu yang mengatakan peniaga bazar memasukkan tisu bagi tujuan memekatkan kuah makanan berjaya meraih perhatian netizen.

Menerusi sebuah hantaran di platform X, seorang individu meminta pendapat netizen terhadap perkara yang perlu dielakkan oleh peniaga bazar menjelang ramadhan ini.

Susulan itu, hantaran tersebut telah diulang ciapan (repost quote) oleh seorang individu yang memesan agar peniaga tidak memasukkan tisu di dalam kuah makanan.

“Lagi satu kalau nak pekatkan kuah jangan masukkan tisu!! Aku dah kena dua kali makan kuah laksa/kari ada tisu,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan individu tersebut.

“Heyy biar kebenaran?,” soal seorang netizen.

“Benar,” jawab individu tersebut ringkas.

Selain itu, ada juga netizen yang sempat berkongsi pendapat dan pengalaman sama yang pernah mereka hadapi.

“Some peniaga blend tisu jadi hancur to make kuah laksa or kari nampak pekat.

“Ini betul betul selangkah ke neraka.


Berita Trending: Dijumpai Dengan Keadaan Perut Terburai, Lelaki Ceroboh Bangunan…

“Dari dulu lagi ada peniaga jenis macamni. mungkin dia lupa siksa kubur dan neraka tu wujud.

“Rasanya pernah baca kat paper ada yang guna surat khabar,” tulis beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah terima sebanyak 1.3 juta tontonan di aplikasi TikTok.