Laman Utama

Masya Masyitah Rakam Single Dalam Bahasa Mandarin – “Akhirnya Impian Jadi Kenyataan…”

Fiza Kamarudin
04/07/2021
10:30 MYT
Penyanyi Masya Masyitah menarik nafas lega kerana akhirnya impian untuk keluar dengan single solo berbahasa Mandarin menjadi kenyataan.
Single solo pertama ciptaan Kai Kai dan diterbitkan Peng Chu yang diberi judul Jiu Meng Xin Su itu telah pun dilancarkan pada 25 Jun lalu.
Masya berkata, sebelum ini dia pernah merakamkan lagu Mandarin pertama berjudul Zuo Jian duet bersama Jeryl Lee.
"Ikut kiraan ini lagu Mandarin kedua yang saya rakamkan. Tapi kalau single secara solo lagu terbaru ini jadi yang pertama.
"Lagu ini mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan masing masing.
“Namun malang menimpa hidup mereka apabila teman lelaki terpaksa menyembunyikan penyakit dialaminya hingga berdiam diri.
"Teman wanitanya tertanya tanya dan mereka berpisah dengan pengakhiran menyayat hati. Bagaimanapun ia bukanlah kisah saya.
Ia mungkin hanya imaginasi atau pengalaman yang diketahui komposer lagu ini," katanya
Tambah Masya, dia gembira kerana dapat terus memanfaatkan kebolehan berbahasa Mandarin dan berharap agar terus diberi peluang merakamkan lagu dalam bahasa tersebut.
"Apabila boleh berbahasa Mandarin dan menyanyikan lagu dalam bahasa itu, secara automatik teringin nak ada lagu solo sendiri. Akhirnya ia jadi kenyataan.
“Saya gembira kerana diberi peluang ini dan berharap akan terus diberi peluang untuk menyanyikan dalam bahasa Mandari.
“Rasa macam tak percaya lagu ini akhirnya dilancarkan juga secara rasmi. Video muzik lagu ini pun sudah dibuat pada Mac lalu di sekitar Bukit Jalil," katanya.
Sebelum ini, Masya yang juga artis naungan Rocketfuel Entertainment pernah muncul dengan empat single iaitu Teman Bintang, Mawar Terbiar, Halimunan dan Hapus.
Selain menyanyi, Masya kini juga menambah sumber pendapatan dengan menjual aneka biskut, Delici by Masya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Selepas Masya Masyitah, Kali Ini Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Pula?

gempak
23/08/2023
23:50 MYT
Kenapa pula?
Laman Utama

“Siapa Kata Ayah Saya Tanggung?” – Masya Masyitah Akhirnya Bersuara Isu Buka Tudung

gempak
07/08/2023
03:50 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Buat ‘Kecoh’ Buka Tudung, Ramai Nak Tahu Siapa Masya Masyitah? Ini Faktanya!

gempak
31/07/2023
12:50 MYT
Fakta menarik tentang Masya Masyitah.
Laman Utama

Pakai Skirt & Rambut Pink Barbie, Masya Masyitah Buka Tudung? Netizen - “Sebelum Ni Pakai Pelik, Kira Dia Dah Bagi Hint Tu”

gempak
30/07/2023
07:41 MYT
Ramai terkejut penampilan baru Masya Masyitah
Laman Utama

Muat Naik Gambar Ketika Main Badminton, Netizen Masih Mengkritik Gaya Pemakaian Masya Masyitah - “Pakaian Seorang Muslimah Itu…”

gempak
16/07/2023
00:50 MYT
Netizen bersuara lagi