,
Berita

"Mata Bengkak, Nafas Pun Jadi Pendek" - Nazim Kongsi Detik Cemas Gara-Gara Alergi Ubat

ZULHILMI JALIL
22/11/2019
00:25 MYT
Pelakon Nazim Othman mengalami masalah mata bengkak dan kesukaran untuk bernafas gara-gara alergi terhadap ubat yang diambilnya bagi meredakan migrain.
Menurut Nazim, 35, dia berdepan situasi tersebut ketika sedang menjalani penggambaran drama Suri Katriana.
"Ini kali pertama saya kena alergi kepada ubat sepanjang hidup di dunia yang penuh pancaroba ni. Selain mata bengkak, nafas pun jadi pendek.
"Alergi tak boleh dibuat main-main ya. Ada tahap alergi yang boleh mengancam nyawa," tulisnya di Instagram.
Menurut Nazim lagi, dia kemudian dibantu pelakon Eleena Sui yang berada di lokasi penggambaran untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik berdekatan.
"Memandangkan dia pernah kena tahap elergi kepada ubat yang parah, jadi dia lah yang paling prihatin sekali apabila tahu saya kena alergi di lokasi penggambaran tadi.
"Sampai bawak saya terus pergi klinik sebab dia takut kalau saya pengsan (seperti yang pernah terjadi kepadanya). Terima kasih babe! Jasamu ku kenang," katanya.

JANGAN MAKAN UBAT SEBARANGAN. Ini kali pertama saya kena allergy to medicine sepanjang hidup di dunia yang penuh pancaroba ni. Selain mata bengkak , nafas pun jadi pendek. Allergies tak boleh dibuat main-main ye. Ada tahap allergies yang boleh mengancam nyawa macam apa yang pernah jadi kat @eleena.sui . Memandangkan dia pernah kena tahap allergy to medicine yang parah, jadi dia la yang paling concern sekali bila tau saya kena allergy kat lokasi shooting #surikatriana tadi sampai bawak saya terus pegi klinik sebab dia takut kalau saya collapse / pengsan. ( like what happened to her before ) . Thanks babe! Jasamu kukenang. Anyways, korang kalau sakit, jangan la makan ubat sebarangan... pegi la klinik dulu tanya doktor ok? Take care..

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Perkongsian Nazim itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut yang mendoakan agar dirinya cepat sembuh.
Drama Suri Katriana itu kini sedang ditayangkan di saluran Astro Prima yang turut menampilkan aktres Ummi Nazeera dan Ernie Zakri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Unitar