Mungkin ramai yang tidak menyedari Malaysia mempunyai skuad bola sepak cacat penglihatan kebangsaan yang sering mewakili negara ke temasya sukan paralimpik.

Biarpun tidak dapat melihat, mereka turut mempunyai kekuatan fizikal dan mental sama seperti pemain bola sepak normal.

Namun, tahukah anda bagaimana proses permainan bola sepak bagi orang yang cacat penglihatan ini?

Gempak kongsikan enam info menarik tentang sukan kegemaran rakyat Malaysia ini, khas diwakili oleh atlet cacat penglihatan.

1. 5 orang pemain beraksi bagi setiap pasukan. Jumlah pemain adalah sama seperti di dalam sukan futsal.

2. Pemain yang dikeluarkan dibenarkan untuk masuk semula. Namun setiap kali pertukaran dilakukan, permainan dan masa akan dihentikan sehingga selesai pertukaran tersebut dilakukan.

3. Bola kejohanan yang direka khas untuk sukan ini telah dipasangkan loceng untuk membiarkan ia berbunyi apabila bola sedang bergolek. Oleh itu, para penyokong tidak dibenarkan untuk membuat bising dan perlu senyap ketika permainan sedang dilangsungkan.

4. Untuk berlaku adil, mata kesemua pemain kecuali penjaga gol perlu ditutup dengan menggunakan penutup mata yang dikhaskan oleh pihak penganjur.

5. Saiz padang yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa adalah 40 meter panjang dan 20 meter lebar.

6. Tempoh untuk satu perlawanan ialah selama 40 minit. 20 minit diperuntukkan pada separuh masa pertama dan 20 minit lagi di babak kedua. Setelah tamat perlawanan babak pertama, masa rehat 10 minit diberikan kepada kedua-dua pasukan bertanding.
Selain bersukan, pasukan bola sepak cacat penglihatan Malaysia juga akan ditampilkan dalam sebuah dokumentari.

Dokumentari Eye on The Ball (EOTB) menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.