Berita
Mati Tanpa Tinggalkan Wasiat, 16 Orang Rebut Harta RM182 Juta Maradona
Harta legenda bola sepak dunia, Diego Maradona yang meninggal dunia pada bulan lalu kini menjadi rebutan.
Bukan seorang dua, tapi sekurangnya seramai 16 orang termasuk 11 anak dari lima isteri sedang berebut menuntut hak ke atas aset Maradona yang dianggarkan bernilai sekitar RM182 juta (£37juta).
Perebutan wasiat itu disifatkan media antarabangsa sebagai lebih hebat daripada pertandingan World Cup kerana pada awalnya, harta atau wasiat tersebut dijangka diberikan kepada lima anak Maradona yang diketahui hidup bersamanya.
Bagaimanapun kini muncul lagi tujuh anaknya yang lain, serta adik beradik pemain bola sepak itu sedang menuntut aset Maradona.
Antara aset Maradona yang tercatat dalam pengesahan mahkamah adalah wang tunai, kenderaan mewah, tabungan dan estet.
Kini 16 orang ini menuntut hak termasuk memiliki tabungan Bank Buenos Aires, wang tunai, estet di Switzerland serta kenderaan mewah dan keistimewaan hasil perjanjian bintang ini bersama jenama terkemuka seperti Puma.
Hal juga menjadi semakin rumit sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati bagi 'anak anaknya yang rasmi' adalah Maradona tidak meninggalkan wasiat. Apalagi, tanpa wasiat, semua orang berhak mendapatkan harta sama rata.
"Ini membuatkan lima anak anaknya berasa tidak puas hati kerana ada anak Maradona yang tidak diketahui pernah wujud. Mereka berasa tertipu.
"Namun, oleh kerana Maradona tidak meninggalkan wasiat, harta yang dimilikinya akan dibahagikan sama rata kepada 16 orang yang menuntutnya.
"Perebutan harta ini akan menjadi seperti World Cup", kata satu sumber seperti dilaporkan oleh The Sun.
Menurut laporan sama, Maradona yang meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung itu pernah menulis wasiat pada tahun 2012.
"Beliau bagaimanapun menarik semula wasiat yang ditulis empat tahun kemudian dan tidak pernah melakukannya (menulis wasiat) lagi selepas itu," kata sumber tersebut lagi.
Kredit Foto: Eurosports
Must-Watch Video