Malang buat seorang peluncur profesional apabila dia disahkan meninggal dunia selepas disambar petir ketika sedang berlatih.

Apa yang lebih mengejutkan, latihan itu dikatakan sebagai persediaan bagi kejohanan sukan paling berprestij, Olimpik.

Menerusi laporan Cbs News, atlet terbabit, Katherine Diaz disambar petir selepas masuk ke dalam air untuk sesi latihan di Pantai El Tunco, El Savador.

Menurut bapanya saudaranya Beto Diaz, ketika kejadian, anak saudaranya itu sedang berlatih bersama seorang rakan sebelum kilat menyambar.

“Katherine memeluk rakannya sebelum kilat menyambar.

“Sejurus selepas itu, rakannya terpelanting kerana kekuatan panahan petir itu dan Katherine terus terjatuh daripada papan luncurnya.

“Katherine mati serta-merta di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, di Twitter, rata-rata peminat sukan itu meratapi pemergian atlet yang cukup berbakat besar.

Rata-rata mereka menyifatkan pemergian Katherine sebagai satu kehilangan besar dalam area sukan luncur.