Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi menafikan dirinya menceburi bidang penyiaran radio selepas menyedari namanya sebagai penyanyi tidak menyinar seperti dahulu.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata, kerjaya sebagai penyampai radio di stesen baru milik Astro Radio, Zayan adalah bidang yang diidamkan sebelum menyertai AF3.
"Kalau nak kata saya sudah tidak laku atau relevan dalam bidang nyanyian, saya masih ada lagu baharu akan datang bersama Syamsul Yusof.
"Tapi saya nak jelaskan disini, saya menceburi bidang penyampaian radio kerana ia memang impian saya sejak dulu lagi.
"Malah tujuan saya menyertai AF3 ketika itu pun kerana mahu menjadi penyampai radio.
"Namun ketika itu, rezeki nyanyian saya lebih murah dan tiada peluang untuk menjadi penyampai radio.
"Jadi kini, bila peluang itu datang saya tidak akan mensia-siakan.
"Bagaimanapun, saya tetap tidak akan tinggalkan bidang nyanyian," katanya kepada Astro Gempak.
Mawi bersama seorang penyampai radio baharu iaitu Anas mengendali slot Salam Bros di Zayan.fm setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingag 10 pagi.
Mengulas mengenai kerjaya baharunya itu, Mawi memberitahu dia semakin selesa dan seronok mengendalikan slot tersebut.
"Pada mulanya saya akui kekok dan agak 'lost' kerana masing-masing masih mencari hala tuju ke mana hendak kami bawa pendengar radio tersebut.
"Namun lama-kelamaan saya semakin seronok dan mendapat rentak yang betul.
"Dalam Salam Bros kami ada segmen yang menarik seperti Mawi Jawi, Bro Buskers dan banyak lagi," katanya lagi.
Selain Mawi dan Anas, Zayan turut menampilkan bekas penyampai berita dan fesyen Lin Ariffin, hos program televisyen aktif nasyid di televisyen Raqib serta pengacara majlis berpengalaman luas bidang radio Falyq.
Zayan #IndahdiHati boleh diikuti dengan jelas secara format RDS menerusi FM Stereo 104.9 Mhz (Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang Barat, Perak Selatan) dan 98.1 Mhz (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara).
Juga melalui frekuensi 106.4 Mhz (Perak Tengah), 91.6 Mhz (Pahang Timur, Terengganu Selatan), 98.9 Mhz (Melaka, Johor Utara) serta 92.8 Mhz (Johor Selatan, Singapura, Batam Indonesia)
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Oct 26 2017


“Dah Lain Bila Kurus, Macam Barbie” - Zizie Izette Jadi Hot Topik, Makin Lama Makin Cantik
Macam mana nak cantik macam Zizie ni, lawa betul.

Ira Kazar Dipanggil Jawi?
Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur pada Khamis.

“Baik Tengok Jom Heboh..” - Beli Tiket RM500, Peminat Kecewa Pentas Konsert Billie Eilish Jauh Dari Tempat Duduk
Macam tengok bola.

“Kami Dah Tak Tahan Lagi..” - Suami Isteri Saman Ayam Jantan Jiran Berkokok 200 Kali Sehari
Hidup berjiran kena saling hormat.

Bipasha Basu Bakal Jadi Ibu Selepas Enam Tahun Berkahwin
Bipasha Basu menyampaikan berita gembira apabila mengumumkan dirinya hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya, Karan Singh Grover.

Maaf Elon Musk Tak Berminat Beli Manchester United
Khabar manusia paling kaya di dunia, Elon Musk mahu membeli salah satu pasukan bola sepak paling sensasi, Manchester United menjadi berita hangat sejak semalam.
![[VIDEO] Saya Suka Berhalusinasi - Mafarikha [VIDEO] Saya Suka Berhalusinasi - Mafarikha](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/mafarikha_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Saya Suka Berhalusinasi" - Mafarikha
Selepas viral dengan lagu remake Zaiton Sameon, Kabut Serangkai Mawar, penyanyi Mafarikha muncul dengan single ketujuh berjudul Angin.

Giliran Maliq & D’Essentials Pula Bikin Konsert Di Dewan Filharmonik Petronas Oktober Ini!
Selepas kejayaan Fabulous Friday: Wings dan Fabulous Friday: Kunto Aji, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects sekali lagi merasakan Maliq & D’ Essentials akan memberikan impak yang sama.
_4.png?ext=.png)
“Nak Tunggu Saya Mati Ke?” - Aliff Syukri Kesal Bakat Tidak Dihargai
Aliff Syukri tidak dihargai

Jadi Artis Rakaman Di Usia 10 Tahun, Anak Krisdayanti Digelar The Next Diva
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itu perumpamaan yang tepat buat Kris Dayanti dan anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Raul Lemos.