ANTARABANGSA
McLaren Sahkan Ada Supercar Hibrid Baharu, Artura
Artura, itu adalah nama untuk model supercar hibrid yang akan ditawarkan McLaren tidak lama lagi. Selain mengesahkan namanya, syarikat itu juga menyatakan ini adalah pengeluaran siri pertama model hibrid McLaren.
Sebelum ini, McLaren ada dua kenderaan yang berasaskan teknologi hibrid iaitu McLaren P1 dan Speedtail. Namun, kedua-dua model itu bukan siri pengeluaran massa atau besar-besaran. Pendek kata, edisi terhad.

Talaan enjin V6 itu akan menawarkan respons yang lebih baik semasa enjin menjana kuasa kelajuan rendah. Saiz enjin itu masih belum disahkan, tetapi McLaren melabelnya sebagai V6 'kompak' dan direka untuk dipadankan bersama satu sistem hibrid ringan.

Biasanya sistem hibrid ini menambah berat kereta tetapi agak luar biasa apabila McLaren menyatakan Artura pula kisahnya dan mencipta pembaharuan dalam kelas menerusi penggunaan platform baharu. Artura akan dibangunkan menggunakan Arkitektur Karbon Ringan McLaren (MCLA) yang menggantikan susunan reka bentuk MonoCage sedia ada.

Must-Watch Video