,
Laman Utama

Meerqeen Duduki Tangga Ke-55 Lelaki Terkacak Di Dunia, Sebaris BTS Jin & Seventeen Mingyu

Mya Amri
03/01/2023
12:35 MYT
Pelakon, Meerqeen berjaya menduduki tempat ke-55 dalam senarai 100 lelaki terkacak 2022 dari media antarabangsa, TC Candler.
Kedudukan Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam diumumkan menerusi perkongsian di laman rasmi YouTube TC Candler baru-baru ini.
Sebelum ini Meerqeen menjadi calon tunggal dari Malaysia tercalon dalam senarai 100 lelaki terkacak 2022 TC Candler.
Turut berada di kedudukan 50 adalah BTS Jin (57), Mingyu (52) dan Mizukami Koshi (50).
Untuk info, TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu paling kacak dan jelita setiap tahun.
Penilaian biasanya berdasarkan populariti calon yang didominasi dan proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Sebelum ini, anggota kumpulan BTS, V dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia pada tahun 2017 manakala anggota termudanya, Jungkook memegang gelaran itu pada tahun 2019.
Bagaimanapun pada tahun 2020 pula, YouTuber dari Sweeden, Felix Kjellberg memegang takhta berkenaan diikuti dengan model dan pelakon Myanmar, Phaing Takhon pada tahun 2021.
Senarai tahunan 100 Wajah Paling Tampan itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.
Penganjurannya juga diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Hiburan

Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”

gempak
05/09/2024
09:37 MYT
Pelakon Meerqeen menjawab dakwaan bercuti bersama personaliti media sosial, Ameeera Khan di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”

gempak
15/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Meerqeen, memberitahu dirinya menjadi mangsa buli secara atas talian.
Hiburan

Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”

gempak
30/07/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil memberi respons terhadap dakwaan dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen.