Pertandingan komedi terbesar dunia! Mega Spontan 2023 dengan menampilkan empat kumpulan bersaing untuk merebut takhta jenaka luar biasa sudah ditayangkan pada setiap Jumaat bermula 19 Mei lalu di Astro Warna.

Lima orang mewakili setiap kumpulan yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi, influencer dan buat pertama kalinya, orang awam yang berjaya dicungkil bakat mereka turut serta bermain dalam Mega Spontan musim ini.

Jom kenali empat orang awam yang berjaya menjadi peserta Mega Spontan 2023:

Oky Danial (Majakelat)

Muhammad Syauqi Danial Ma’amal Hajri atau lebih dikenali sebagai Oky Danial berasal dari Ipoh, Perak dan merupakan seorang rider.

Fokus utama menyertai Mega Spontan adalah untuk membina platform dalam bidang hiburan yang diminati sejak dari kecil lagi dan impiannya adalah untuk menjadi penghibur.

Pada masa yang sama, dia juga gemar bermain game yang berunsur spontan dalam setiap persembahan kerana boleh berkarya secara bebas. Secara tidak langsung beliau boleh perbaiki kelemahannya dan menambah baik kelebihan yang dimiliki.

Nama Penuh : Muhammad Syauqi Danial Ma’amal Hajri

Nama Pentas : Oky Danial

Asal : Ipoh Perak

Pekerjaan : Rider

Sebab masuk Mega Spontan : Pertama sekali untuk create platform dalam bidang hiburan sebab dari kecil nak jadi penghibur dan mencabar diri saya untuk bermain spontan untuk berhibur. Keduanya, saya ingin menghiburkan diri saya dengan menghiburkan orang yang menonton mahupun yang mendengar. Selain itu, saya suka game yangberunsurkan spontan kerana saya tidak perlu menyusun skrip atau pelan untuk membuat persembahan dan berkarya secara bebas. Dari situ boleh perbaiki kelemahan dan menambah baik kelebihan.

Apit Wan Lebar (Srivijanda)

Roshafeez Abd Hamid atau lebih dikenali Apit Wan Lebar berasal dari negeri Perak dan aktif menguruskan perniagaannya sendiri.

Matlamat beliau menceburi Mega Spontan sebab ingin mengubah hidupnya dan mencari rezeki untuk keluarga serta mengembangkan lagi bakatnya dalam dunia seni.

Nama penuh : Roshafeez Abd hamid

Nama pentas : Apit Wan Lebar

Asal : Perak

Pekerjaan : Kerja sendiri

Sebab masuk Mega Spontan : Sebab nak ubah hidup dan mencari rezeki untuk keluarga serta nak kembangkan lagi bakat dalam dunia seni.

Ijat Habart (Langkataksuka)

Muhammad Akif Izzat Rahman atau lebih dikenali sebagai Ijat Habart berasal dari Kuala Lumpur dan bekerja sebagai barista di sebuah kafe.

Menyertai Mega Spontan merupakan impiannya dari dia berumur 12 tahun lagi dan ingin mengangkat darjat kedua orang tuanya.

Nama penuh : Muhammad Akif Izzat Rahman

Nama pentas : Ijat Habart

Asal : Kuala Lumpur

Pekerjaan : Barista

Sebab masuk Mega Spontan : Impian yang saya kejar dari umur 12 tahun lagi dan semestinya nak bantu mama dan abah saya.

Akay Pikir (Campaktakjauh)

Ahmad Khairudin Omar atau lebih dikenali sebagai Akay Pikir berasal dari Kuantan, Pahang dan merupakan seorang jurujual kereta. Dari dulu beliau berminat dengan game spontan dan suka menghiburkan orang ramai.

Nama penuh : Ahmad Khairudin Omar

Nama pentas : Akay Pikir

Asal : Kuantan Pahang

Pekerjaan : Salesman kereta

Sebab masuk Mega Spontan : Memang minat dengan game spontan dari dulu dan suka hiburkan orang

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campak Tak Jauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahu pun kumpulan.

Minggu ini menyaksikan kerajaan Srivijanda berada pada kedudukan pertama manakala Langkatasuka di tempat terakhir.

Jadi disebabkan itu, Langkatasuka terpaksa memasuki Bilik Mega Merenjis bagi menjalani hukuman.

Mega Spontan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati Mega Spontan di Astro.