Turki menjadi negara pilihan pelancong tempatan untuk bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga atau teman-teman.

Destinasi seperti Istanbul, Cappadocia, Izmeer dan banyak lagi menjadi pilihan pengembara untuk menyaksikan sendiri keindahan negara Turki.

Bagi mereka yang gemar membeli-belah, banyak benda yang anda boleh beli di Turki sebagai ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia!

Selain keychain atau beg kecil, ini merupakan barangan yang boleh anda beli jika berkunjung ke Turki!

1. Baklava

Manisan ini sangat popular di Turki dan menjadi juadah yang wajib untuk dibawa pulang jika anda berkunjung ke sana. Tentu sekali pastri yang berlapis-lapis yang kaya dengan isian kacang pistachio membuatkan anda termimpi-mimpi!

2. Kopi Turki

Kopi Turki merupakan salah satu kopi yang tersohor di dunia. Biji-biji kopi yang dipanggang dan digiling halus dimasak di dalam sebuah bekas dan selalunya, kopi akan dicampurkan dengan gula. Ia dihidangkan di dalam cawan, di mana keladak kopi dibenarkan mendap.

3. Lampu Berwarna-Warni!

Lampu ini memang terkenal dan sering menjadi pilihan mereka yang ingin mengabadikan kenangan bercuti di Turki di ruang tamu rumah sendiri. Ada yang sanggup memborong lampu ini untuk dijadikan hiasan di rumah sendiri atau diberikan kepada kawan-kawan!

4. Karpet

Karpet yang dijual di Turki banyak yang lembut dan berkualiti! Jangan lupa untuk membeli karpet mereka dan membawanya pulang ke Malaysia!

Impian anda untuk melancong dengan pakej yang murah dan berpatutan, kini termakbul!



Dengan pelancaran platform E-travelfair pada 2 September ini akan menawarkan pelbagai pakej-pakej pelancongan khas untuk anda!

Kredit foto: Bon Appetite, FoolproofLiving, Pinterest, Turkish Travel Blog, TripAdvisor.