Selepas Donald Trump tewas dalam pilihan raya ke-46 bagi jawatan Presiden Amerika Syarikat, isterinya Melania Trump dikatakan sedang menunggu masa untuk bercerai.

Memetik laporan Daily Star pada 8 November 2020, sumber dalaman mengatakan Melania sedang dalam proses untuk bercerai selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama Donald.

Difahamkan, pasangan ini telah melalui rumah tangga yang kelihatan janggal. Milenia antaranya juga dikatakan sering menerima layanan kurang baik dari suaminya itu.

Menurut bekas pembantu dan bintang program Apprentice, Omarasa Manigault Newman, dia telah memerhatikan tingkah laku dalam perhubungan Trump bersama isterinya sejak 17 tahun lalu.

"Ia merupakan satu perkahwinan yang sangat janggal, saya agak berhati-hati untuk memberi pandangan tentang dinamik perkahwinan mereka kerana kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik pintu yang tertutup.

"Tetapi saya telah mengenali pasangan ini sejak mereka belum berkahwin, mereka mendirikan rumah tangga setahun selepas program Apprentice disiarkan.

"Apa yang telah saya perhatikan selama 17 tahun, ia akan membuatkan kepala anda berpusing. Kadang-kadang mereka menyukai antara satu sama lain, dan kadang-kadang, Trump memberi layanan yang kurang baik terhadap Melania," katanya dalam sebuah kenyataan.

Trump memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat ke-45 selama empat tahun sejak 2016.

Trump gagal mempertahankan kedudukannya di 'White House' selepas ditumpaskan oleh Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sumber : Daily Star
Kredit Foto : New York Post