Enggan mengundang fitnah, penyanyi Khai Bahar enggan mengulas lanjut mengenai kehadirannya melawat teman rapat industri, Wany Hasrita yang dimasukkan ke pusat perubatan ibu kota baru-baru ini.
Baca: Dijangkiti Influenza B, Wany Hasrita Dikuarantin Di Hospital
Kata Khai, 24, melawat atau tidak biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan individu yang dimaksudkan.
"Biarlah rahsia, saya tidak mahu orang salah faham dengan kenyataan saya dan boleh mengundang fitnah.
"Soal melawat atau tidak tidak perlu saya ulas lanjut," katanya kepada Astro Gempak.
Khai ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk sabun pembersih wajah C Clean Plus di Bora Ombak, Putrajaya hari ini.
Sementara itu, Khai menegaskan dia tidak kisah digosipkan dengan sesiapa asalkan boleh menggembirakan hati peminatnya.
"Apa yang saya lakukan bersama kawan-kawan saya biarlah ikhlas, apabila sudah rapat dan selalu menghadiri acara bersama-sama, peminat nampak kami 'sweet'.
"Kalau sebelum ini dengan Wany, baru-baru ini ada pula peminat cakap saya rapat dengan Ara Johari.
"Apapun, saya tidak kisah digosipkan dengan sesiapa pun asalkan peminat-peminat saya gembira," katanya.
Keakraban Khai dan Wany semakin hangat diperkatakan peminat kedua-dua penyanyi itu apabila saling berbalas 'pick-up line' dalam rancangan televisyen CCTV bulan lalu.
Baca: Angin Cinta Yang Wany Hasrita Kirim Dah Jadi Taufan Dalam Hati Khai Bahar
Namun, Khai dan Wany sudah sedia rapat sejak mula menjadi artis dan pernah beberapa kali membuat persembahan nyanyian bersama-sama.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Tue Mar 13 2018
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.