Meluat Luna Maya Atur Hidupnya, Maxime Bouttier ‘Ghosting’ Aktres Ini Sampai Menangis
Maliah Surip
15/06/2024 14:55 MYT
15/06/2024 14:55 MYT
Hubungan asmara di antara bintang cantik Luna Maya dengan aktor kacak Maxime Bouttier bukan lagi rahsia.
Kini biarpun terpaut jurang usia yang cukup jauh iaitu 10 tahun, hubungan Luna dan Maxime seperti sudah tidak dapat dipisahkan lagi.
Namun di sebalik intimnya hubungan Luna dan Maxime, pasangan ini pernah berdepan dengan dugaan di alam percintaan.
“Saya ini orangnya alpha, jadi suka mengarah-arah atau mengatur hidup dia. Saya dominan. Tapi Maxime dia orangnya lebih santai, dia tidak suka begitu.
“Jadi dia lari, tiba-tiba menghilang. Dia lari dan saya sedih, ternyata saya suka sama dia,” kata perempuan asal Bali itu.
Menyedari kesilapannya, Luna menjadi lebih santai dan berusaha memastikan hubungan asmara dengan Maxime berjalan lancar.
“Setelah dia ghosting, saya mengejarnya habis setiap masa dikirim WhatsApp sampai akhirnya jadilah,” kata Luna.
Kini biarpun terpaut jurang usia yang cukup jauh iaitu 10 tahun, hubungan Luna dan Maxime seperti sudah tidak dapat dipisahkan lagi.
Namun di sebalik intimnya hubungan Luna dan Maxime, pasangan ini pernah berdepan dengan dugaan di alam percintaan.
Menangis kena ghosting
Luna mendedahkan dirinya pernah menangis selepas Maxime tiba-tiba senyap dan menghilang atau istilah zaman kini ‘ghosting’ sewaktu awal perkenalan mereka.“Saya sampai menangis kerana tiba-tiba di-ghosting Maxime,” dedah Luna sewaktu menjadi tetamu dalam sebuah podcast seperti dilaporkan Viva.co.id.
BERITA TRENDING: Billie Eilish Dedah Kena ‘Ghosting’: “Dia Tidak Pernah Hubungi Saya Lagi, Adakah Dia Sudah Mati?”
BERITA TRENDING: Kejadian 'Ghosting' Sering Berlaku Dalam Percintaan Anak Muda? Ini Yang Diceritakan Ben Utomo
BERITA TRENDING: Luna Maya Buang Fotonya Di IG, Maxime Bouttier Jawab Spekulasi Putus Cinta
BERITA TRENDING: Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram
Menurut Luna , Maxime menghilang kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka mengarah.“Saya ini orangnya alpha, jadi suka mengarah-arah atau mengatur hidup dia. Saya dominan. Tapi Maxime dia orangnya lebih santai, dia tidak suka begitu.