Aroma busuk yang disangka bau najis haiwan merupakan petanda awal penemuan mayat dalam sebuah kereta oleh orang ramai di tapak jualan but kereta atau car boot sale di Damansara, Petaling Jaya pada Ahad.



Menerusi video yang viral di media sosial, difahamkan mayat tersebut dijumpa dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dan didakwa berada di situ sekitar tiga hingga empat hari lalu.

Pada komen-komen dan kenyataan yang ditinggalkan saksi kejadian, mangsa didakwa meninggal dunia akibat bunuh diri.



“Okey saya tak sempat cerita pagi tadi. Saya ada buat live, tapi polis tak bagi record. Memang ada bau busuk, ingatkan najis haiwan. Tapi dari jauh dah bau ye.

“Lepas tu ada orang nampak ada lelaki dalam kereta terbaring dah kembung macam belon. Ada copy IC dekat depan kereta dia. Orang ramai lambat perasan sebab hujan dari pagi,” tulis saksi.

Sungguhpun begitu, tiada pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa buat masa ini.

Sumber: Platform X