Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan beliau kini sedang dalam proses merakamkan album kanak-kanak terbaharu.
Berkongsi pengalaman merakamkan album ketika kandungannya kini berusia lapan bulan, Siti Nurhaliza akui berdepan dengan cabaran.
“Dalam proses rakaman album kanak kanak terbaru..memang tak dinafikan ada cabaran dari segi pernafasan. Maklumlah dah hampir 8 bulan dan jarang menyanyi sepanjang hamil.
“Tapi Alhamdullillah, Allah SWT permudahkan semua..Terima kasih team saya yang bekerja keras menyiapkan album ini,” katanya.
Siti berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Siti memuat naik foto terbaharunya yang difahamkan ketika merakamkan album tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja untuk menantikan album tersebut yang menyangka lagu tersebut dirakam khas buat anak kedua yang bakal lahir.
“Lagu untuk adik Aafiyah ye...yeay,” teka salah seorang warga net.
“Yeahhh tak sabar,” teruja salah seorang peminatnya.
“Semoga urusan Tok Ti dan baby dipermudahkan,” kata salah seorang netizen.
Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua itu dijangka bakal melahirkannya pada April depan.