Skip to main content

Selebriti

Memang Gila! Lee Min Ho Terima Hadiah Birthday Hampir Penuh Satu Rumah

lee-min-ho-hadiah-birthday-satu-rumah.jpg
Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho bari sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 33 semalam.
 
Min Ho berkongsi kegembiraan sambutan hari jadinya itu dengan memuat naik beberapa foto di akaun Instagramnya.
 
Namun apa menarik perhatian adalah hadiah-hadiah yang diterima Min Ho hampir memenuhi satu ruangan hadapan di rumahnya.
 

Ternyata pelakon kacak ini sangat disayangi oleh peminat diseluruh dunia.
 
Menerusi foto itu juga kelihatan Min Ho sedang tersenyum gembira bersama hadiah-hadiah yang diterimanya.
 
“Terima kasih semua, kamu semua membuatkan hari ini menjadi satu hari yang sangat bermakna dalam hidup saya,” tulis pelakon kacak itu.
 
Dalam pada, ruangan komen foto tersebut rata-rata dipenuhi dengan ucapan hari jadi selain terpegun melihat jumlah hadiah Min Ho.
 
“Happy birthday oppa”, “Whoa ini memang gila, hampir penuh satu rumah,” dan “Banyaknya hadiah Min Ho,” antara komen yang dicoret peminat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

내년엔 기필코 저 촛불을 끄겠어

A post shared by 이민호 leeminho (@actorleeminho) on

 
Terdahulu, drama terbaharu Min Ho, The King: Eternal Monarch baru sahaja melabuhkan tirainya.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Advertisement

Must-Watch Video