Kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan pengarah sensasi Syamsul Yusof yang sedang bergolak ketika ini telah menyorot perhatian ramai termasuk usahawan popular Datuk Seri Vida.

Menerusi muat naik di laman TikTok, Vida yang sempat bertemu Sarah tampil memberi sokongan kepada aktres tersebut dengan menyatakan suaminya, Syamsul tidak tahu menghargai dan menilai kecantikan yang ada pada dirinya.

Malah, Vida turut berseloroh dengan menyifatkan pengarah filem Munafik itu sebagai seorang yang kufur nikmat.

“Hello comel ini, comel tau Sarah ni. Kamu memang jantan tak kenal bare (barang). Kena lempang sebutir ha kang baru tahu. Kufur nikmat jantan ini,” kata Vida dalam video tersebut.

Difahamkan Vida bertemu Sarah ketika mereka berdua menghadiri konsert Cakra Khan A Decade yang berlangsung di ibu kota, baru baru ini.

@datoserividaofficial Wife amuk tak❎ DSV amuk✅#pageforyou #masukbranda #fypシ゚viral #soundviral #fyp @Puteri Sarah liyana ♬ Flames - Donzell Taggart

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Vida berkata biarpun dirinya seorang ibu tunggal, namun dia tidak menyokong sekiranya Sarah menjalani nasib yang sama dengan dirinya.

“Mana mak mentua tak sayang Sarah, menantu dia comel. Abang (Syamsul) akan menyesal.

“Walaupun saya dah jadi janda dan tahu ada juga nikmat disebaliknya, tapi Sarah tak patut jadi janda. Dia kena ada lelaki yang menyayangi dan kembali disisimu,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya bersetuju dengan perkongsian usahawan tersebut selain mendoakan Sarah kuat mengharungi cabaran yang dihadapinya ketika ini.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.8 juta tontonan dan 200 ribu tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.