Berita
"Memang Parents Selalu Tengok Anak Macam Baby" - Diana Danielle Ajak Netizen Kongsi Pengorbanan Bapa
Aktres jelita, Datin Diana Danielle berkongsi petikan kata-kata mengenai perngorbanan seorang bapa.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Petikan kata-kata itu berbunyi :
"Everyone talks about Mother's sacrifice but no one talks about father's sacrifice".
Dalam pada itu, Diana turut mengajak netizen untuk berkongsi kisah pengorbanan bapa mereka di ruangan komen.
"Umur saya 33 tahun, ada suami tapi ayah saya layan macam anak sekolah," tulis netizen.
Tidak berdiam diri, Diana membalas komen terbabit.
"Memang parents akan still tengok anaknya macam baby lagi," tulisnya.
Pada masa yang sama, Diana turut memberikan respon positif kepada kebanyakkan komen lain yang dikongsi oleh peminatnya di entri itu.
Diana mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.
Must-Watch Video