Berita
“Memang Spoil Mood Akak, Dengan…”- Tak Punctual, Nad Zainal Marah Siapa?
Pelakon Nad Zainal berang apabila mendapati ada pihak yang tidak menepati masa ketika menjalani penggambaran.
Nad berkata perkara tersebut telah membuatkan ‘mood’ dia terganggu.
“Akak (Nad) bukan jenis marah-marah tau, tapi bila tak punctual masa, memang spoilkan mood akak, dengan shooting lagi.
“Dari nak share something, terus hilang mood!” tulisnya.
Nad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia turut memuat naik rakaman video ketika sedang meluahkan rasa marahnya itu kepada kru penggambaran.
Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya serta rakan artis lain turut bersetuju dengan pendapatnya.
“Saya setuju sangat. Ini kan kerjasama dan semua orang perlu tepaati masa dan professional serta bersedia dengan watak masing-masing,” komen Daphne Iking.
Nad memulakan kerjaya lakonanya pada tahun 2008 dan popular menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian).
Must-Watch Video