Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat enggan mengambil pusing mengenai kritikan segelintir netizen yang menganggap lagu terbaharunya berjudul ‘Memerang’ tidak bersesuian dengan usia serta statusnya yang kini ibu kepada dua cahaya mata.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, akui penghasilan lagu itu adalah untuk memenuhi permintaan peminatnya.
“Kalau ada yang rasa saya tidak sesuai sebab saya sudah ada anak dua dan tidak bersesuaian dengan imej saya, saya rasa itu subjektif. Inilah identiti saya. Saya rasa puas hati dapat bagi sesuatu untuk peminat,” katanya ketika ditemui Gempak di sidang media pelancaran video muzik ‘Memerang’ di Genting Highlands, pada Khamis.
BERITA TRENDING: Sebijik! Peminat Terkejut Tengok Penampilan Terkini
BERITA TRENDING: Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…
BERITA TRENDING: “Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan
BERITA TRENDING: “Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata
Dalam pada itu, Ayda turut memaklumkan identiti yang dibawa dalam lagu ‘Memerang’ adalah untuk mengembalikan konsep muzik yang pernah dibawakan sebelum ini.
Malah, dia juga mahu mengetengahkan konsep yang bersesuaian dengan Gen Z.
“Dulu, saya suka nampak matang. Tetapi saya rasa saya kena ikut peralihan zaman. Sekarang, kita kena bawakan Gen Z dalam video muzik sebab mereka sangat hebat di media sosial.
“Saya sangat gembira dapat kembali dengan genre lagu yang memang sinonim dengan saya. Sebelum ini, saya banyak keluarkan lagu balada yang pada saya, bukan diri saya. Bagi saya, lagu ini sangat memenuhi kriteria saya dan bawa kembali ‘vibe’ Pencuri Hati,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Memerang’ yang digubah dan ditulis oleh Ezra Kong merupakan sebuah lagu percintaan yang mengisahkan seseorang yang licik dalam percintaan dan pandai memerangkap sesiapa sahaja melihatnya.
Menerusi video muzik Memerang, Ayda telah menampilkan beberapa pempengaruh Gen Z seperti, Kasih Iris Leon, Ceddy dan selebriti Indonesia, Prince Gabriel.
Ayda turut menampilkan artis senior Liza Abdullah dan anak sulungnya, Ana Nayla.