Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat bakal didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Shah Alam esok, atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar.
Memetik laporan Harian Metro, Sajat akan berdepan 17 pertuduhan membabitkan pemilikan 11 produk kosmetik tidak berdaftar, lima kosmetik tidak bernotifikasi dan satu pertuduhan penjualan yang bukan keluaran berdaftar.
"Dia sebelum ini dikenakan waran tangkap oleh mahkamah sama pada Mac lalu selepas gagal hadir perbicaraan di mahkamah itu tanpa sebarang alasan kukuh.
"Bagaimanapun tindakannya menyerah diri selepas itu menyebabkan dia tidak ditahan. Sebaliknya kes dihadapinya akan disebut semula di mahkamah pada jam 9 pagi esok," kata seorang sumber kepada Harian Metro.
Tambahnya lagi, Sajat sebelum ini dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.
Difahamkan pihak Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) KKM sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos tahun lalu, susulan maklumat penjualan produk memutihkan kulit tidak berdaftar.
Pihak CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat.
Tindakan diambil selepas pihak CPF menyamar dan membeli produk dijual itu sebagai bukti.
Pemeriksaan dilakukan pegawai CPF di premis itu kemudian menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan.
"Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.
"Nur Sajat turut bakal didakwa mengikut Peraturan 18(A),Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 18A(15) peraturan yang sama," jelasnya lagi.
Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Malah Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.
Ia susulan tindakan KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, Johor, sebelum merampas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000.
Sumber: Harian Metro
Azwa Rahman
Mon Oct 12 2020
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.