,
Laman Utama

Menang Anugerah Peringkat Asia, Bront Palarae Tak Demand - "Kalau Lebih Memilih, Boleh Masuk Kategori Penggangur"

Azwa Rahman
17/01/2021
06:52 MYT
Aktor Bront Palarae mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi anugerah Best Leading Male Performance di Anugerah Televisyen Asia ke-25 pada Sabtu.
Kemenangan yang diraih menerusi drama bersiri The Bridge itu, Bront menganggap anugerah ini sebagai pengiktiraran besar buat produksi dari Malaysia.
“Alhamdulillah. Saya tak melihat ini sebagai pertandingan macam Sukan Asia. Untuk dicalonkan sahaja sudah menjadi satu pengiktirafan.
“Dan dengan pencalonan sebanyak ini, ia merupakan pengiktirafan besar buat produksi dari Malaysia,” ujar Bront ketika dihubungi menerusi WhatsApp.
Anugerah yang berlangsung di Singapura itu menghimpunkan nama-nama besar di dalam kategori tersebut iaitu Arshad Warsi (India), Huang Deng-Hui (Taiwan), Kaiser Chuang (Singapura), Anthong Wong (Hong Kong), Hsia Ching-Ting (Taiwan), Tay Ping Hui (Singapura) dan Hong Dou-La Sih (Taiwan).
Tambah Bront, dia berterima kasih pada Viu dan HBO Asia kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang watak utama.
“Terima kasih kerana Viu & HBO Asia memilih untuk mengisi ruang kekosongan itu dengan memberi kepercayaan pada pasukan kami. Kita tidak ketandusan bakat, kita cuma ketandusan peluang," katanya.
Apabila ditanya adakah dia akan lebih memilih sesebuah karya untuk dilakonkan, Bront tidak meletakkan kemenangan sesuatu anugerah itu sebagai penanda aras.
“Selepas kemenangan ini, falsafah saya terhadap kerja dan kerjaya masih sama. Kalau lebih selektif lagi, mungkin dah boleh masuk kategori penganggur,” ujar Bront berseloroh.
Berdepan pandemik tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk berkarya apabila dia memilih untuk menjadi lebih aktif.
“Kini saya bersedia untuk sebarang kemungkinan dengan memilih untuk menjadi aktif dan produktif.
“Saya masih dalam proses akhir filem The Lies I Tell dan develop beberapa projek dengan beberapa teman untuk Pixel Play Entertainment. Doakan usaha kami dipermudahkan,” ujar Bront lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MIFFest-7 Lantik Bront Palarae Duta Rasmi & Zizan Razak Lembaga Penasihat, Angkat Tema Uncaged!

gempak
08/03/2024
13:46 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7 (MIFFest) bakal berlangsung pada 21 hingga 28 Julai 2024 dengan mengangkat tema Uncaged.
Laman Utama

"Kena Ikat Dalam Air, Mandi Air Sungai Tempat Buangan Najis" - Uqasha Senrose Kongsi Cabaran Berlakon Sumpahan Jerunei

gempak
14/07/2023
04:45 MYT
Sumpahan Jerunei ditayang pada 27 Julai ini.
Laman Utama

Banyak Babak Aksi, Shooting Dalam Hutan! Bront Palarae Cerita Detik Sukar Berlakon Filem Sumpahan Jerunei - "Saya Terima Tawaran Sebab..."

gempak
07/07/2023
02:50 MYT
Bront Palarae ditawarkan berlakon filem Sumpahan Jerunei pada tahun 2019.
Laman Utama

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”

gempak
20/03/2023
05:00 MYT
Bukan betul-betul pun
Laman Utama

Angkat Kisah James Brooke, Filem Rajah Kini Menemui Penonton Di Pawagam!

gempak
14/03/2023
13:00 MYT
Kena tengok!