Biarpun tidak hadir ketika Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka pada Jumaat lalu, pelakon Beto Kusyairy memanjatkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterimanya.
Beto dianugerahkan Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki FFM32 menerusi lakonan hebatnya dalam filem pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
"Terima kasih #FFM32 & @finasmalaysia. Syukur alhamdulillah, walau gayat juga atas pengiktirafan setinggi ini.
"Ampun maaf kepada pihak festival kerana tak dapat bersama-sama meraya dan meraikan dek kekangan masa serta tanggungjawab sedia ada," maklum Beto.
Beto pada masa sama melayangkan penghargaan kepada produksi filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan atas usaha yang luar biasa hingga melakar pelbagai kejayaan sejak ditayangkan pada Jun lalu.
"Kepada seluruh warga penerbitan #filemMatKilau terutama sang nakhoda @syamsulyusoffilm yang jerih perihnya aku tak boleh pertikai, ini adalah hasil daripada kerja keras hempas pulas kau juga.
"Terima kasih kepada yang menyokong. Terus semarakkan filem kita melalui cara yang betul.
"Tinggalkan tontonan cetak rompak khususnya filem-filem tempatan melalui telegram atau mana-mana platform yang tidak sah.
"Sekecil inisiatif sebegini memberi impak besar kepada kami selaku penggiat untuk memartabatkan filem kita.
"Semoga filem kita menjadi lebih baik di masa akan datang dari segala sudut selain menginspirasi antara satu sama lain berkat dari sokongan dan doa kalian..insya-Allah," pesannya.
Beto turut memetik kata-kata sutradara tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad dalam nukilan khasnya itu.
"Akhir kata, memetik kata arwah Yasmin Ahmad.. 'Do work not for awards. Do it honestly'," tambah Beto.
Amri Hassan
Sun Dec 04 2022


Suami Fatin Afeefa Berani Sindir Adam Shahz Secara Berdepan - “Takkan Nak Takut dengan Lelaki Ini?”
Berani ek!

“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna