gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Penuh Emosi & Nostalgik, Zepp KL Jadi Saksi Glenn Fredly ‘Kembali’ Hiburkan Peminat
HIBURAN
Zarif Ghazzi Tak Menyesal Bawa Watak Dr Fakhrul, Anggap Beri Impak Positif - “Rasa Seram, Budak-Budak Ada Datang Tegur…”
HIBURAN
Tarikh tayangan 23 Julai, Thariq Ridzuwan : His Treasure Ditunda?
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Menang Pembantu Lelaki Terbaik Di Thailand, Bront Palarae Harap Jadi Pembakar Semangat - “Bangga Nama Anak Malaysia Terpahat…”

Mya Amri
Mya Amri
21/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Menang Pembantu Lelaki Terbaik Di Thailand, Bront Palarae Harap Jadi Pembakar Semangat - “Bangga Nama Anak Malaysia Terpahat…”
Pelakon hebat, Bront Palarae mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem seram The Cursed Land di Anugerah Trust Gu Thai Film Awards 2024 di Thailand.

Zahirkan penghargaan buat produksi

Bront berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, ini ketika dihubungi Gempak menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan produksi filem berkenaan.

"Alhamdulillah, ini adalah anugerah kedua saya di Thailand. Saya menerima penghargaan ini atas nama semua pihak yang terlibat dalam filem The Cursed Land ini,” katanya.

Nama anak Malaysia terpahat dalam perfileman Thailand

Dalam pada itu, Bront juga melahirkan rasa bangga kerana nama anak Malaysia turut terpahat dalam sejarah perfileman di Thailand.

“Bangga kerana nama anak Malaysia terpahat dalam sejarah perfileman Thailand. Saya juga berharap kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk bakat-bakat tempatan yang lain.

“Semoga lebih banyak peluang terbuka untuk bakat-bakat dari Malaysia, Insya-Allah,” ujarnya.
Sebelum ini, Bront pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik juga menerusi filem tersebut di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 pada Mei lalu.
View this post on Instagram
A post shared by Bront Palarae (@bront_palarae)
Topic Berkaitan
#Bront Palarae
#Thailand
#Anugerah
#The Cursed Land
#Trust Gu Thai Film Awards 2024
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement