Penampilan pertama Malaysia di pentas Piala Asia membuahkan rasa hampa apabila pasukan Harimau Malaya tewas 0-4 menentang Jordan di Stadium Al Janoub, Qatar semalam (awal pagi ini waktu Malaysia).

Hal tersebut bercanggah dengan andaian dan jangkaan yang pengguna platform X menerusi undian yang dijalankan oleh akaun rasmi AFC Asian Cup pada 15 Januari lalu.

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2023: Gemilang Dunia Sukan, Tumbukan 36 Saat Jojo, Rekod Legosam, Sensasi Pecut Qabil Irfan,…

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang netizen, Harimau Malaysia disifatkan sekadar hanya menang di poll tetapi tidak di padang.

Sungguhpun begitu, penyokong pasukan bola sepak negara tetap menzahirkan kata-kata positif terhadap kegagalan Malaysia menentang Jordan.


Sekadar info, semalam merupakan penampilan pertama Malaysia di pentas Piala Asia selepas 17 tahun.

Selepas ini, Malaysia akan membuat perhitungan dengan Bahrain, Sabtu ini di Stadium Jassim Bin Hammad, sebelum menutup saingan kumpulan bertemu juara dua kali Korea Selatan di sini pada 25 Jan.

Ini merupakan penampilan keempat Malaysia di pentas Piala Asia, yang menyaksikan pasukan negara terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga edisi terdahulu masing-masing pada edisi 1976 di Iran, 1980 (Kuwait) dan ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.